31 Disember 2011

BPL: Chelsea vs Aston Villa

Malam ini chelsea akan menerima kunjungan Aston Villa .Selepas seri tiga perlawanan sebelum ini.. chelsea diharapkan dapat mengutip tiga untuk membaiki kedudukan seterusnya memberi tekanan kepada man.utd dan man.city..Harap perlawanan terakhir untuk tahun 2011 ini  chelsea dapat mempamerkan aksi yang memberansangkan.Kepada peminat2 setia chelsea jangan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 11.00 malam disaluran 812.

Chelsea dulu ,kini dan selamanya-Terry

Kapten Chelsea dan England, John Terry menegaskan mahu menamatkan keseluruhan kariernya bersama kelab London itu, menjelang pertembungan dengan Aston Villa di laman sendiri, hari ini.Pemain pertahanan tengah berusia 31 tahun itu menerima tekanan dari dalam dan luar padang musim ini selain turut dipersalahkan atas kerapuhan benteng Chelsea disebabkan taktik digunakan pengurus baru, Andre Villas-Boas.

28 Disember 2011

Chelsea Semakin sukar - AVB

Andre Villas-Boas mengakui harapan Chelsea untuk merebut gelaran Liga Perdana terjejas selepas keciciran mata di gelanggang sendiri apabila seri 1-1 dengan Fulham semalam.The Blues kini mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan terakhir. Biarpun seri menentang Tottenham di gelanggang lawan boleh dianggap keputusan yang baik namun kegagalan menewaskan Wigan dan Fulham amat mengecewakan Chelsea yang memburu kedudukan teratas.

Malouda akan ikut Ancelotti

Pemain sayap Perancis, Florent Malouda mempertimbangkan untuk meninggalkan Chelsea ekoran laporan Paris St. Germain merupakan destinasi pilihannya selepas khabar angin Carlo Ancelotti akan mengambil alih kelab pendahulu Ligue 1 itu.Malouda, yang lebih kerap menghuni bangku simpanan bersama Chelsea musim ini dan dengan kedudukannya dalam skuad Perancis ke Euro 2012 semakin terancam, menyebabkan pemain berusia 31 tahun itu terdesak untuk berpindah ketika musim perpindahan pemain Januari ini.

26 Disember 2011

CHELSEA 1 FULHAM 1

Apa sudah jadi...Chelsea seri buat kali yang ke 3 beturut2. Sebelum ini seri bertemu wigan diikuti tottentham dan rekod terburuk diteruskan lagi malam ini dengan seri bertemu fulham.Walaupum mendahului pada minit ke 47 dengan jaringan Juan mata tapi kelekaan pertahan sekali lagi menjadi punca  sehingga Clint Dempsey berjaya menjaringkan gol..

Chelsea Tak perlu ikut Liverpool

Chelsea menolak cadangan supaya pemain memakai baju-T dengan gambar John Terry, sebagai tanda menyokong ketua pasukan mereka yang berdepan tuduhan menghina perkauman ke atas pemain pertahanan QPR, Anton Ferdinand.Beberapa pemain dan kakitangan skuad Blues mengetengahkan usul supaya mereka memakai baju-T sebagai tanda sokongan terhadap ketua pasukan mereka itu.

Waspada kebangkitan Fulham - Cech

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak berpuas hati ketika mereka bersiap sedia untuk berdepan pasukan yang mengalami kejutan Fulham pada pertembungan derby, hari ini.Skuad Blues mungkin tiada masalah apabila berdepan Cottagers, yang mengalami kekalahan besar di laman sendiri 0-5 kepada Manchester United minggu lalu.

25 Disember 2011

Liverpool Pembohong - Torres

FERNANDO Torres akhirnya membuka mulut mengenai perpindahannya dari Anfield, mendakwa kelab itu berbohong kepadanya dan pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat hanya menabur janji palsu.Penyerang Chelsea itu mengakui kecewa dengan Fenway Sports Group sebelum perpindahan bernilai 50 juta (RM248.3 juta) ke Stamford Bridge, Januari lalu.

Perpindahan Torres dan Gary Cahill

Kelab Sepanyol, Malaga pula sudah menyediakan 30 juta pound (RM147.6) untuk membawa pulang Fernando Torres kembali ke negaranya. Jika itu berlaku, Chelsea bersedia meminjam penyerang Juventus, Milos Krasic sebagai ganti. Akhbar Daily Mirror bagaimanapun melaporkan Torres akan dipinjamkan ke AC Milan.

Terry bantu Chelsea ikat Spurs

Biarpun diejek sepanjang permainan, John Terry menunjukkan ketahanan mental yang kuat apabila hadangannya pada minit terakhir membantu Chelsea mengelak kekalahan di White Hart Lane, dan mengikat Tottenham 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.Pertahanan tengah Chelsea itu menghadang rembatan tepat Emmanuel Adebayor pada masa kecederaan untuk memastikan pelawat pulang bersama satu mata dalam penampilan sulungnya sejak didapati bersalah melakukan serangan perkauma.

21 Disember 2011

Malouda dan Kalou berhijrah ke Russsia?

Dua pemain Chelsea ,Malouda dan Kalou menjadi sasaran untuk berhijrah ke russia.Menurut laporan Anzhi Makhachkala mahukan Malouda dan bersedia membayar pemain perancis berusia 31 tahun itu $150,000 (RM744,000) seminggu manakala Lokmotiv Moscow berminat dengan Kalou 26 dengan menawarkan gaji $120,000(RM596,000) seminggu.

Harapan terakhir Torres

FERNANDO Torres mempunyai peluang terakhir untuk menyelamatkan kariernya di Chelsea bulan depan.Didier Drogba dan Salomon Kalou akan menyertai skuad negara mereka, Ivory Coast dalam Piala Negara-Negara Afrika, sekurang-kurangnya empat minggu. 

Terry boleh beraksi lawan Spurs

Kapten Chelsea, John Terry dilaporkan boleh beraksi dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur bagi saingan Liga Perdana England pada awal pagi Jumaat ini.Sebelum ini, kelibat Terry pada perlawanan yang bakal berlangsung di White Hart Lane itu menjadi tanda tanya selepas dia mengalami kecederaan lutut.

20 Disember 2011

Cech akui kesilapan

Peter Cech mengakui dia sepatutnya berupaya mengelak gawangnya daripada dibolosi yang menyebabkan Chelsea dinafikan tiga mata di Wigan, Sabtu lalu.Penjaga gol skuad Blues itu gagal menangkap kemas cubaan yang sepatutnya mudah daripada Hugo Rodallega pada minit ke-88, sekaligus membenarkan Jordi Gomez untuk menolak masuk dan mencuri satu mata di Stadium DW.

19 Disember 2011

Chelsea seri bertemu Wigan

Jurulatih Chelsea, Andre Villas-Boas mempertahankan bahawa keyakinan pasukannya tidak tergugat selepas sekadar mencatat keputusan 1-1 menentang Wigan, kelmarin.Blues memiliki peluang untuk merapatkan jurang empat mata dengan peneraju liga, Manchester City di DW Stadium setelah mendahului menerusi jaringan Daniel Sturridge.

17 Disember 2011

Drogba Dalam Misteri

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui masa depan Didier Drogba di Chelsea tidak ketentuan namun menegaskan Fernando Torres tidak akan berhijrah ke kelab lain.Prospek kedua-dua pemain itu kekal di kelab itu diragui dengan Drogba dijangka menuruti jejak langkah Nicolas Anelka ke China manakala wujud spekulasi Blues bersedia menanggung kerugian ke atas pembelian Torres.

Mata terus sokong AVB

JUAN Mata berkata semua pemain Chelsea menyokong penuh pengurus mereka, Andre Villas-Boas, malah pemain tengah itu percaya kelab itu kembali menemui sentuhan mereka dalam Liga Perdana Inggeris, selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester City di laman sendiri.

16 Disember 2011

Undian Pusingan kedua Champion League 2011/12

Cabaran sukar buat chelsea apabila di undi bertemu Napoli dalam saingan Liga juara2.Dengan dibarisi pemain seperti Cavani, Hamsik dan Lavezzi chelsea perlu memantapkan pasukan sebelum bertandang ke Napoli 14 feb tahun depan.

Chelsea Mahu Jual Torres

Chelsea bersedia menjual penyerang bernilai 50 juta (RM246 juta), Fernando Torres yang gagal menyerlah ketika pasaran perpindahan pemain bulan depan.Penyerang yang menerima gaji 150,000 (RM740,000) seminggu itu hanya menjaringkan tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak berpindah ke Stamford Bridge dari Liverpool pada 31 Januari lalu.

25 November 2011

Kaka join Chelsea?

Kaka join chelsea??? Itulah antara kabar angin yang diperkatakan setelah Real Madrid sudi untuk melepaskan bekas pemain terbaik dunia itu dengan harga 30juta.Dan chelsea akan cuba mendapatkannya pada januari ini.Berikut adalah antara berita2 pemain yang bakal dibeli oleh chelsea..

Bangkitlah Blues - Villas-Boas

Andre Villas-Boas yang semakin 'kepanasan' menggesa Chelsea bangkit selepas mengalami tamparan terbaru, kalah 2-1 kepada Bayer Leverkusen pada aksi Liga Juara-Juara Eropah semalam.Kekalahan itu meletakkan Blues dalam kedudukan yang cukup berbahaya untuk mara ke peringkat kalah mati.Malah, jurulatih muda kelahiran Portugal itu turut menagih sokongan penonton di Stamford Bridge untuk membantu pasukan mengharungi detik sukar, baik dalam pentas Eropah mahupun domestik, sambil mengakui, pemainnya sedang mengalami 'masalah keyakinan'. 

Anelka sangkal laporan The Times

Nicolas Anelka menyangkal pernah membuat kenyataan kepada The Times selepas akhbar Britain itu melaporkan dia akan meninggalkan Chelsea.“Saya tidak ditemubual akhbar itu ataupun mendedahkan rancangan masa depan saya.“Kontrak bersama Chelsea berakhir hujung musim ini dan saya terikat hingga detik itu,” katanya.The Times, kelmarin melaporkan Anelka akan meninggalkan kelab itu selepas skuad diurus jurulatih dari Portugal, Andre Villas-Boas.

Villas-Boas akui bakal dipancung??

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui yang ‘kepalanya bakal dipancung’ melainkan pasukannya boleh memperbaiki persembahan mereka dengan meraih keputusan yang dikehendaki.Pasukan bimbingan Villas-Boas itu menduduki tempat kelima saingan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan mereka berada 12 mata di belakang pendahulu Manchester City dan tekanan kini memuncak terhadap pengurus itu yang berada dalam musim pertamanya di Stamford Bridge.

24 November 2011

Lampard kekal bersama chelsea

Pemain tengah England, Frank Lampard menghampiri penghujung kontrak semasanya bersama Chelsea, tapi ia tetap tidak menghalangnya daripada berkata mahu terus kekal di Stamford Bridge.Pemain berusia 33 tahun itu yang mula mencipta nama bersama kelab pencabar West Ham - kelab yang bapanya wakili - mempunyai kontrak kurang dari dua tahun bersama Chelsea.

Andre Villas-Boas didenda

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas didenda �12,000 (AS$18,784) oleh Persatuan Bolasepak (FA), kelmarin kerana komennya terhadap pengadil Chris Foy berikutan kekalahan kelab itu kepada QPR dalam saingan Liga Perdana Inggeris, bulan lalu.Villas-Boas, yang turut diberi amaran mengenai kelakuannya oleh badan siasatan bebas, sebelum ini mengakui yang beliau 'sangat agresif' dengan Foy berikutan kekalahan itu.

UCL:Keputusan Bayer Leverkusen vs Chelsea

BAYER LEVERKUSEN 2 CHELSEA 1
With 90 minutes played, it looked as if Chelsea were to draw away 1-1 for the third time in this group stage but then the home team struck a sickening blow, scoring from a corner to leave just a point covering the top three sides going into the final games.

23 November 2011

UCL:Bayer Leverkusen vs Chelsea -The blues perlu menang

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memuji prestasi pasukannya sebelum beraksi menentang Bayer Leverkusen pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara meskipun keputusan yang mereka peroleh tidak begitu memuaskan.The Blues mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan Liga Perdana, dua daripadanya di laman sendiri kepada Arsenal dan Liverpool.

22 November 2011

Adakah kedudukan Villas-Boas terancam

Andre Villas-Boas menafikan pandangan yang mengatakan tempatnya sebagai pengurus Chelsea terancam, sebaliknya menegaskan bahawa dia mendapat sokongan penuh daripada pemilik kelab, Roman Abramovich biarpun tewas 1-2 kepada Liverpool, kelmarin.Kelmarin juga adalah kekalahan kedua buat Chelsea di Stamford Bridge dalam Liga Perdana.

21 November 2011

BPL: Keputusan Chelsea vs Liverpool

LONDON 21 Nov. - Glen Johnson muncul wira pasukannya apabila meledakkan gol kemenangan ketika permainan hanya berbaki tiga minit bagi membolehkan Liverpool melakar kemenangan 2-1 ke atas Chelsea dalam aksi perlawanan Liga Perdana England, hari ini.

18 November 2011

Cech lega Republik Czech layak

Petr Cech adalah antara dua pemain Chelsea yang berjaya layak ke Euro 2012. Dia mengakui sukar untuk ke sana dan sedar ia bukan laluan mudah untuk edisi kali ini.Raul Meireles mewakili Portugal adalah seorang lagi yang layak menerusi perlawanan playoff manakala Cech dan Republik Czech berjaya dengan kemenangan 2-0 ke atas Montenegro di tempat sendiri diikuti 1-0 di tempat lawan.

15 November 2011

England vs Sweden

Selepas membuktikan mereka memiliki ramuan pertahanan untuk mengekang asakan juara dunia, Sepanyol Sabtu lalu, kini penyokong England pastinya mahu pula melihat sejauh mana keupayaan sebenar Three Lions yanga akan melayan kunjungan Sweden di Wembley, hari ini.Fabio Capello yang masih berteka-teki mengenai kesebelasan utama pada Kejohanan Eropah 2012 sebelum ini telah menyatakan dia akan melakukan eksperimen dengan melakukan beberapa perubahan pada perlawanan bertemu Sweden.

14 November 2011

Gol Lampard tewaskan sepanyol

Kapten England, Frank Lampard berkata, aksi England ketika menewaskan juara Piala Dunia dan Eropah, Sepanyol adalah antara saat paling manis sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.Lampard sudah mengecapi banyak kejuaraan ketika bersama Chelsea tapi pencapaian cemerlang pada pentas antarabangsa bersama England agak sukar dikecapinya. Ketika Lampard sudah boleh bermegah dengan pencapaian meraih kejuaraan liga, Piala FA dan Piala Liga ketika di Stamford Bridge, kariernya bersama England sering diselubungi dengan kegagalan pasukannya dalam saingan besar.

12 November 2011

England lawan Sepanyol

Kemampuan England akan benar-benar teruji apabila dijadual berdepan juara dunia, Sepanyol dalam satu aksi persahabatan di Stadium Wembley awal pagi esok.Bagaimanapun, jurulatih skuad The Three Lions, Fabio Capello pastinya 'pening' memikirkan untuk menurunkan barisan kesebelasan utama terkuatnya selepas beberapa tonggak utama dihimpit masalah kecederaan

11 November 2011

Torres tidak menyesal

PENYERANG Chelsea, Fernando Torres mengakui sukar baginya membiasakan diri di Stamford Bridge berbanding ketika meninggalkan Sepanyol untuk bersama Liverpool.Penyerang bernilai 50 juta (RM250.8 juta) kini tidak lagi menjadi pemain yang mengkucar-kacirkan pertahanan Liga Perdana Inggeris ketika bersama Anfield selepas berpindah ke Stamford Bridge, Januari lalu. Bekas bintang Atletico Madrid mengakui tahap permainan dalam pasukan ibu negara London itu berbeza, apatah lagi tidak ramai pemain yang dikenalinya berbanding ketika dia menyertai Merseyside.

Cech dapat topeng muka baru

Penjaga gol, Petr Cech sudah mencuba rekaan topeng muka khas untuknya bagi melindungi tulang hidungnya yang patah dan ia membolehkannya memakai topeng muka itu apabila Republik Czech bertemu Montenegro pada pusingan kalah mati Euro 2012, awal pagi esok.Pemain Chelsea itu bagaimanapun tidak pasti akan diturunkan pada pusingan pertama perlawanan kalah mati itu.

10 November 2011

Bosingwa merajuk

Jose Bosingwa menegaskan dia tidak akan menyarung jersi skuad bola sepak kebangsaan Portugal selagi Paulo Bento membimbing pasukan itu."Sukar untuk saya memberitahu tetapi selagi Bento menjadi jurulatih Portugal, saya tidak akan bermain untuk pasukan itu," kata pemain pertahanan Chelsea itu kelmarin.Bulan lalu, Bento mendedahkan bahawa Bosingwa tidak disenaraikan untuk aksi playoff Euro 2012 menentang Bosnia-Herzegovina pada awal pagi Sabtu ini kerana pemain pertahanan itu tidak menepati syarat termasuk emosi dan mental.

Torres best Premier League striker - Bent

England striker Darren Bent believes Fernando Torres is the best forward in the Barclays Premier League despite going through a difficult period in his career.
Torres has failed to properly hit his straps for Chelsea since his move from Liverpool in the January transfer window.The Spaniard's glaring miss against Blackburn Rovers is the latest in a catalogue of spurred opportunities, but Bent says they mean nothing.

7 November 2011

Cech dapat pujian

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memuji aksi Petr Cech selepas penjaga gol Blues itu terpaksa berjuang mengharungi kesakitan untuk membantu kelab London itu meraih kemenangan 1-0 ke atas Blackburn.Cech difahamkan mengalami kecederaan patah tulang hidung selepas bertembung dengan penyerang Blackburn, Ayegbeni Yakubu pada babak awal di Ewood Park, namun dia terus beraksi untuk membantu Blues meraih tiga mata penuh.

Masih perlukan Terry

Pengurus England, Fabio Capello mengesahkan ketua pasukan, John Terry berada dalam senarai skuad bertemu juara dunia, Sepanyol dan Sweden meskipun sedang disiasat kerana dakwaan melontar kata-kata berunsur perkauman.Terry menjadi subjek utama siasatan pihak polis serta Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana dikatakan melemparkan kata-kata berunsur perkauman kepada pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand ketika Chelsea tewas kepada kelab itu.

6 November 2011

BPL: Keputusan Blackburn Rovers Vs Chelsea


Gol chelsea dijaringkan oleh Lampard minit ke 51

ArulchelseA: Molauda tak main pun tak pe tadi tu..Apa pun yang penting tiga mata..

5 November 2011

BPL: Blackburn Rovers Vs Chelsea

Malam ini chelsea akan bertandang ke blackburn rovers.Selepas kalah mengejut dengan team meriam buluh minggu lepas. Chelsea memang perlu menang dan mengutip tiga mata penting untuk terus memberi tekanan kepada man.utd dan man.city..Perlawanan ke sebelas malam ini chelsea perlu mempamerkan aksi yang mantap dan yang penting bahagian pertahanan jangan buat silap.Kalau tak masak kita malam ni..Kepada peminat2 setia chelsea jangan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 11 malam ini di saluran 817.

4 November 2011

Chelsea perlu bangkit

Chelsea terpaksa menelan kekecewaan apabila seri 1-1 dengan Genk dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam ketika musim bergelora Blues ditimpa satu lagi tamparan.Skuad kendalian Andre Villas-Boas terdesak untuk melakar kemenangan di Arena Cristal bagi mengurangkan kekecewaan minggu ini yang bermula dengan kekalahan mengejut kepada QPR, menyaksikan John Terry didakwa melemparkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan Hoops, Anton Ferdinand diikuti kekalahan mengejut 3-5 di laman sendiri kepada Arsenal.

Polis siasat John Terry

Polis Britain melancarkan siasatan terhadap dakwaan kapten Chelsea, John Terry meluahkan kata-kata berbaur perkauman ke atas pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di Loftus Road, bulan lalu.

2 November 2011

UCL:Keputusan Genk vs Chelsea


Gol chelsea dijaringkan oleh ramires minit ke 26..

ArulchelseA: Torres tak menjadi kali ni..

1 November 2011

Chelsea padam pengalaman pahit

Andre Villas-Boas berharap Chelsea memadamkan semua kenangan pahit menjelang pertemuan dengan kelab Belgium, Genk pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok.Pasukan kendalian Villas-Boas kehilangan lima mata di Stamford Bridge buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun, Sabtu lalu apabila Arsenal meraih kemenangan 5-3 yang mula membuatkan Blues semakin bergolak.

31 Oktober 2011

AVB: We will bounce back

Andre Villas-Boas is confident Chelsea will recover from their dramatic loss to Arsenal - much in the way the Gunners have in recent weeks.

The north Londoners have won eight of their last nine all competitions following a dreadful start to the season in which Arsene Wenger's managerial capabilities were called into question.

Villas-Boas pertahan Terry

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mempertahankan aksi anak-anak buahnya meskipun tewas 3-5 kepada Arsenal di Old Trafford pada kempen Liga Perdana England kelmarin.Dalam perlawanan itu, benteng Chelsea, terutamanya kapten, John Terry (gambar) dilihat sering membuat kesilapan mudah, lebih-lebih lagi ketika tergelincir semasa cuba menghalang gol keempat Robin van Persie.

30 Oktober 2011

Ferdinand bengang dengan Chelsea

Pertahanan Queen Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand dilaporkan meradang dengan pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.Ferdinand dan rakan-rakan di QPR dikatakan berang dengan tindakan Villas-Boas yang melindungi ketua pasukan Chelsea itu yang dikaitkan dengan isu perkauman ketika The Blues tewas kepada QPR sebelum Persatuan Bola Sepak England (FA) dan siasatan polis membuat kesimpulan.

29 Oktober 2011

BPL: Keputusan Chelsea Vs Arsenal


ArulchelseA: Pertahanan chelsea parah..

BPL: Chelsea Vs Arsenal

Malam ini chelsea akan menanti kunjungan tem meriam buluh iaitu arsenal di Stamford bridge.Selepas kalah dengan QPR akibat pengadil yang sangkak kad minggu lepas. Chelsea sekali lagi diharapkan dapat mengutip tiga mata penting untuk terus memberi tekanan kepada man.utd dan man.city..Harap perlawanan ke sepuluh  ini chelsea terus mempamerkan aksi yang memberansangkan dengan adanya penyerang berbisa torres.Kepada peminat2 setia chelsea jangan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 7.40 malam disaluran 812.

28 Oktober 2011

Villas-Boas tabik pemain

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas tabik dengan semangat juang para pemain selepas pasukan itu menewaskan Everton 2-1 pada aksi pusingan keempat Piala Liga awal pagi semalam.Ketika ini, skuad The Blues masih sukar untuk melupakan kekalahan 0-1 kepada Queen Park Ran- gers (QPR) pada Ahad lalu.

27 Oktober 2011

Keputusan Carling Cup: Everton Vs Chelsea


Gol chelsea dijaringkan oleh Kalou minit ke 38 dan Sturridge minit 116,manakala gol everton dijaringkan oleh saha minit ke 83.

25 Oktober 2011

Villas-Boas mungkin dihukum

Andre Villas-Boas berdepan risiko dikenakan tindakan oleh FA Inggeris apabila beliau melemparkan kritikan pedas terhadap pengadil, Chris Foy ketika mengadili perlawanan yang menyaksikan Chelsea tewas 0-1 di tangan QPR.Pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada Jose Bosingwa dan Didier Drogba pada babak pertama selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah seawal minit kesembilan yang disempurnakan Heidar Helguson.

24 Oktober 2011

BPL: Keputusan Queens Park Rangers Vs Chelsea

Chelsea tewas 1-0 kepada QPR..Gol tungal QPR dijaringkan oleh Helguson minit ke 9 menerusi sepakan penalti.Aksi panas yang dipamerkan kedua2 pasukan menyebabkan 9 kad kunig dilayangkan dan lebih malang buat chelsea apabila terpaksa bermain dengan sembilan orang setelah bosingwa dan drogba dilayangkan kad merah pada minit ke 32 dan 41.Pada babak kedua Chelsea terus mengasak  untuk mencari gol penyamaan namun peluang yang dimiliki oleh anelka dan lampard gagal disudahkan dengan baik.

23 Oktober 2011

BPL: Queens Park Rangers Vs Chelsea

Malam ini chelsea akan berkunjungan ke Queens Park Rangers.Selepas memang bergaya 3-1 ke atas Everton sebelum ini.. chelsea sekali lagi diharapkan dapat mengutip tiga untuk terus memberi tekanan kepada man.utd dan man.city..Harap perlawanan ke sembilan  ini chelsea terus mempamerkan aksi yang memberansangkan walaupun tanpa kelibat torres.Kepada peminat2 setia chelsea jangan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 11.00 malam disaluran 817.

Villas-Boas akui sukar

Andre Villas-Boas percaya perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini adalah yang paling mencabar sejak beberapa tahun dan tugasnya kini lebih sukar daripada Jose Mourinho yang sebelum ini membantu kelab itu menjulang gelaran berganda.Anak buah Villas-Boas akan menentang QPR di Loftus Road, malam ini sebaik berakhir pertembungan di antara pendahulu liga, Manchester City menentang Manchester United yang menduduki tangga kedua.

21 Oktober 2011

Villas-Boas:Torres kembali raih keyakinan

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas optimis Fernando Torres kembali meraih keyakinan diri selepas penyerang Sepanyol itu meledak dua gol ketika mereka membelasah Genk 5-0, awal pagi semalam.Torres melalui 875 minit aksi tanpa sebarang jaringan dalam Liga Juara-Juara, rekod buruk yang dicatat sejak April 2009 apabila dia menjaringkan gol buat Liverpool ketika menentang Chelsea.

Torres julang Chelsea

Penyerang Chelsea, Fernando Torres tampil dengan aksi bertenaga ketika mereka menewaskan Genk pada saingan peringkat Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara kelmarin.Torres yang turut mendapat sokongan daripada David Luiz membuktikan bahawa dia masih tergolong dalam senarai penyerang paling berwibawa di Eropah.

Kalou keen on Chelsea stay

Salomon Kalou has revealed the latest on his contract talks with Chelsea, with the striker admitting that he hopes a deal to extend his deal at Stamford Bridge can be worked out.
Kalou’s agreement at Chelsea expires next summer, and while transfer speculation pointed to the 26-year-old making an early exit, Andre Villas-Boas insisted last week that the club were still in talks with Kalou over a new contract.

20 Oktober 2011

UCL:Keputusan Chelsea vs Genk

Game chelsea yang pantas dan cantik itu kunci kejayaan chelsea membelasah Genk 5-0 pagi tadi.Walaupun tanpa Juan mata Chelsea masih mampu mengharap pada kudrat Lampard ,Anelka dan Malouda untuk mencipta peluang.Hasilnya lima gol berjaya dijaring kan menerusi Meireles minit ke 7, Torres dua gol minit ke 10 dan 26. Ivanovic juga tidak ketingalan menjaringkan gol minit 41,Sebelum  Kalou meledak gol minit 71.

19 Oktober 2011

UCL: Chelsea vs Genk

Pagi ni chelsea akan menentang Genk dalam saingan liga juara2 di Stamford bridge.Pada peminat2 setia chelsea jangan lupa saksikan perlawanan ketiga UCL ini di astro saluran 812 jam 4.30 pg (Siaran Tertunda).

ArulchelseA:Tak ada siaran lansung pulak.. Tak pe janji chelsea memang 3-0 pagi ni..

Torres tetap aset penting Blues

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memberikan isyarat jelas mengenai kepentingan Fernando Torres dalam skuadnya bagi perancangan jangka masa panjang apabila beliau menyenaraikan nama pemain itu bagi perlawanan Liga Juara-Juara menentang Genk, awal pagi esok.

Masa depan Torres

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengesahkan masa depan Fernando Torres dengan kelab itu bergantung kepada aksi Liga Juara-Juara menentang pasukan dari Belgium, Genk esok.Sekiranya Torres diturunkan, bermakna penyerang dari Sepanyol kekal berada dalam perancangan jangka panjang Villas- Boas.

17 Oktober 2011

Peluang Chelsea rampas takhta

Keputusan seri yang dicatat Manchester United dan Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin membuka peluang buat Chelsea merapatkan kedudukan tahkta sekali gus merampas trofi kejuaraan musim ini. The Blues kini mengumpul 19 mata hanya dibezakan satu mata dengan United dan dua mata dengan pendahulu liga Manchester City.

Chelsea tidak mahu dabik dada

Pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas menganggap tidak ada apa yang istimewa terhadap skuad kendaliannya itu meskipun kini hanya dipisahkan satu mata dengan juara bertahan,Manchester United.Awal pagi semalam, skuad The Blues mengekalkan kedudukan mereka di tangga ketiga carta Liga Perdana England selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Everton di Stamford Bridge.

16 Oktober 2011

BPL: Keputusan Chelsea Vs Everton

Chelsea meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Everton 3-1.Penguasaan Chelsea separuh masa pertama berhasil dengan dua gol hasil jaringan Daniel Sturridge minit ke 31 dan John Terry minit ke 45. Separuh masa kedua Chelsea terus melebarkan kedudukan menerusi jaringan Ramires minit ke 61 hasil dari hantaran Juan Mata.Namun usaha everton berjaya juga apabila Vellios menjaringkan gol saguhati minit ke 80.

15 Oktober 2011

BPL: Chelsea Vs Everton

Malam ini chelsea akan menerima kunjungan Everton.Selepas memang bergaya 5-1 ke atas bolton sebelum ini.. chelsea sekali lagi diharapkan dapat mengutip tiga untuk terus memberi tekanan kepada man.utd dan man.city..Harap perlawanan ke lapan  ini chelsea terus mempamerkan aksi yang memberansangkan walaupun tanpa kelibat torres.Kepada peminat2 setia chelsea jangan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 12.30 pagi disaluran 812.

Sturridge fokus aksi domestik

PENYERANG Chelsea, Daniel Sturridge berkata, dirinya hanya memberi tumpuan terhadap saingan liga domestik, berbanding memikirkan beraksi untuk pasu-kan kebangsaan England. Nama Sturridge menjadi perhatian sebagai penyerang England selepas Wayne Rooney bakal dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan oleh Uefa akibat menrima kad merah pada aksi Kelayakan Eropah menentang Montenegro, baru-baru ini.

Chelsea dituntut kekal momentum

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas menuntut barisan pemainnya mengekalkan tahap konsistensi mereka menjelang pertemuan menentang Everton dalam saingan Liga Perdana England awal pagi esok.Skuad The Blues ternyata cemerlang apabila berjaya mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan terakhir mereka sebelum saingan liga berhenti seketika bagi memberi laluan kepada aksi di pentas antarabangsa.

14 Oktober 2011

Andre Villas-Boas keen on Lazio defender Stefan Radu

Chelsea manager Andre Villas-Boas has stepped-up his pursuit of Romanian international defender Stefan Radu.
The Lazio full-back was first linked with a move to Stamford Bridge over the weekend, and fresh reports in Italy claims the Blues have taken their interest a step further.

13 Oktober 2011

Temubual bersama Malouda

DI sebalik sibuk dengan jadual sesi latihan dan perbincangan taktikal, pemain tengah Chelsea dan Perancis, Florent Malouda masih sempat mencuri masa untuk ditemubual oleh wartawan.Tenang dan penuh dengan senyuman, dia menceritakan kariernya di kelab dan negara, membincangkan permulaan cemerlang Chelsea pada kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dan kebangkitan Les Bleus di bawah kendalian jurulatih Laurent Blanc.

12 Oktober 2011

Kelab Rusia buru cole

PASUKAN gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea terdesak untuk mengekalkan Ashley Cole di dalam kelab itu. Hal itu terjadi apabila Cole dikatakan menerima tawaran sejumlah 200,000 (RM974,000) seminggu daripada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.Sebelum ini, Anzhi yang dimiliki hartawan, Suleyman Kerimov sudah pun membuat tawaran kepada Samuel Eto’o sejumlah 350,000 (RM1.72 juta) seminggu.

11 Oktober 2011

Kalou,Luka Modric dan Nicolai Boilesen

Ini beberapa berita yang aku baca di akhbar.Persaingan yang makin mencabar dalam liga akan berterusan dalam pencarian pemain ketika jendela perpindahan dibuka januari tahun hadapan.Antara berita yang melibatkan pasukan chelsea antaranya Arsenal dan liverpool akan bersaing untuk menandatangani kontrak pemain chelsea, salomon kalou menerusi kontrak pengurangan gaji apabila jendela perpindahan dibuka januari depan.

Malouda predicts 'fierce' United battle

Florent Malouda expects Manchester United to be Chelsea's main rivals for the Barclays Premier League crown once again.

The title holders have started the season in impressive fashion, and currently sit top of the table by virtue of a superior goal difference to Manchester City.Chelsea, though, are only three points behind the leaders at this early stage and are likely to maintain a constant threat throughout the campaign.

10 Oktober 2011

Terry: Jangan hentam Rooney

 KAPTEN England, John Terry berharap Wayne Rooney tidak menjadi sasaran media selepas menerima kad merah pada pertemuan Kelayakan Euro 2012 menentang Montenegro, Jumaat lalu.The Three Lions mendahului 2-1 sehinggalah penyerang Manchester United itu melakukan terjahan terhadap pemain tuan rumah, Miodrag Dzudovic pada minit 74 sebelum mereka berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat perlawanan.

9 Oktober 2011

England layak

England melengkapkan kempen mereka dalam Kumpulan G tanpa kalah apabila seri 2-2 dengan Montenegro untuk layak ke pusingan akhir Euro 2012 walaupun kad merah buat Wayne Rooney dan gol penyamaan saat akhir tuan rumah sedikit menjejaskan kejayaan mereka, awal pagi semalam.

8 Oktober 2011

Mikel enggan bayar denda

Pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel mengubah pendirian dan tidak akan membayar denda AS$5,000 (RM15,800) yang dikenakan terhadapnya kerana lewat melaporkan diri menyertai kem latihan Nigeria minggu ini.Terdahulu Mikel mengatakan dia sudah melupakan insiden itu dan fokus untuk perlawanan penting Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentang Guinea selain menganggap dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak akan membayar denda itu.

6 Oktober 2011

Chelsea plan '15 year' AVB stay

Chelsea chairman Bruce Buck has claimed it would be feasible for Andre Villas-Boas to remain as Blues boss for '10 or 15 years'.

The 33-year-old was named as Carlo Ancelotti's successor in June, signing a three-year contract after resigning as the manager of Porto.Chelsea have only lost once in 10 games under Villas-Boas' stewardship, and currently sit in third place in the Barclays Premier League - three points behind Manchester United and Manchester City.

Sayang Stamford Bridge

Chelsea berdepan tekanan penyokong mereka yang meminta pasukan itu terus kekal di Stamford Bridge.Isnin lalu, Blues mendedahkan rancangan berpindah dari lokasi dihuni sejak 106 tahun lalu.Pengerusi Blues, Bruce Buck, berkata, kelab membuat tawaran untuk membeli 15,000 saham kepunyaan penyokong dalam kumpulan bergelar Chelsea Pitch Owners (CPO).

5 Oktober 2011

Chelsea kembali berbisa

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas lega apabila jentera serangan Blues kembali menemui sentuhan, sesuatu yang amat diperlukan bagi menjuarai Liga Perdana selepas membelasah Bolton 5-1 kelmarin.Frank Lampard menjaringkan hatrik pada penampilan ke-350 bersama Blues, sementara Daniel Sturridge meledak dua lagi gol.

4 Oktober 2011

Hatrik Lampard tepis kritikan

Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menepis kritikan banyak pihak yang mempersoalkan mengenai masa depannya di kelab itu dengan mencipta hatrik ketika bertemu Bolton Wanderers, kelmarin.Pemain berusia 33 tahun itu mendapat liputan meluas media British serta pengulas sukan yang mempersoalkan mungkinkah zaman kegemilangan pemain antarabangsa England itu sudah berakhir selepas dia dilihat bergelut untuk meraih tempat di kelab itu serta pasukan kebangsaan.

3 Oktober 2011

Chelsea mengamuk

Chelsea terus menghangatkan saingan Liga Perdana Inggeris apabila mudah membenam Bolton Wanderers 5-1 pada perlawanan di Stadium Reebok, malam tadi.Hatrik Frank Lampard dan dua jaringan Daniel Sturridge memastikan Blues kembali merampas tangga ketiga liga daripada Newcastle United untuk mengumpul 16 mata, ketinggalan tiga mata di belakang Manchester United dan City yang kini gah menguasai tempat pertama dan kedua.

2 Oktober 2011

BPL: Keputusan Bolton Vs Chelsea

Aksi yang memberansangkan dari chelsea..2 gol telah dijaringkan oleh Sturridge minit (1) (24) dah 3 gol dari Lampard  minit ke (14), (26), (58).

EPL:Bolton vs Chelsea

Malam ini chelsea akan bertandang ke bolton .Selepas memang dengan Swansea minggu lepas.. chelsea perlu pastikan tiga mata dalam tangan untuk terus memberi tekanan kepada man.utd dan man.city..harap perlawanan ke tujuh liga ini chelsea terus mempamerkan aksi yang memberansangkan. Kepada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 8.25 mlm disaluran 812.

Lampard kena tingkat prestasi

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas menempelak Frank Lampard walaupun dia berjaya menjaringkan gol berdepan Valencia, baru-baru ini. Katanya, jaringan tersebut bukan satu jaminan buat Lampard merebut tempat dalam kesebelasan utama The Blues kali ini.

“Lampard perlu bersaing dengan 26 pemain Chelsea yang sememangnya berada pada tahap terbaik.“Penggiliran pemain merupakan perkara normal dalam bola sepak. Dia perlu bekerja keras lagi bagi merebut slot dalam pasukan utama,” katanya. Terbaru, Villas Boas juga memberi baya-ngan kehadiran semula Didier Drogba dalam kem kelab minggu ini.

Chelsea Janji lepas geram

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mahu anak buahnya melupakan kekecewaan di Valencia, Rabu lalu dan mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke atas Bolton.Skuad Blues keletihan selepas pulang dari Sepanyol akibat perjalanan yang sukar dan kecewa apabila bolos di saat akhir untuk pulang dengan hanya satu mata pada perlawanan yang dianggap paling mencabar di peringkat kumpulan.

30 September 2011

Chelsea patut menang: AVB

JARINGAN di minit-minit akhir nyata menghancurkan hasrat pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas (AVB) untuk mengutip tiga mata berharga pada aksi Liga Juara-juara (UCL) menentang Valencia, awal pagi semalam. The Blues yang mendahului pada minit ke-55 hasil jaringan Frank Lampard, dengan dominasi perlawanan berpihak kepada pasukan itu sebelum sepakan penalty Roberto Soldado pada minit ke-85 memusnahkan segalanya.

Chelsea lebih hebat

Keputusan seri 1-1 yang dilakarkan oleh Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara ketika menentang Valencia adalah sesuatu yang hebat berbanding keputusan yang dilakarkan Barcelona di Mestalla, minggu lalu, kata penjaring gol, Frank Lampard.

Lampard 'tutup mulut' pengkritik

Frank Lampard membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa apabila meledak satu gol ketika Chelsea seri 1-1 dengan Valencia pada aksi Kumpulan E kempen Liga Juara- Juara awal pagi semalam.Penampilan Lampard di Stadium Mestalla itu memang mencuri tumpuan selepas dia hanya diturunkan dalam satu daripada empat perlawanan terakhir skuad The Blues sebe- lum ini.

29 September 2011

UCL: Keputusan Velncia vs Chelsea


Keputusan UCL pagi tadi..chelsea seri bertemu valencia.. Gol chelsea dijaringkan oleh lampard minit ke 56.. Ketangkasan penjaga gol valencia menyukarkan chelsea untuk menang pagi tadi.. apa2 pun tahniah kerana memperoleh 1 mata..

ArulchelseA:Torres terus membangakan..

Torres expecting hostile Spanish test

Chelsea striker Fernando Torres has warned his teammates to expect a ferocious atmosphere in Valencia tonight.
The Blues travel to Spain for their second Champions League Group E match, having opened their account this term with a 2-0 win against Bayer Leverkusen at Stamford Bridge.A trip to the Mestalla stadium is a different proposition entirely though, with Torres expecting an intense reaction from the crowd at a ground he's failed to win at as a visiting player.

28 September 2011

AVB Utamakan prestasi

ANDRE Villas-Boas (AVB) memberi amaran kepada semua pemain kelab itu terutama Frank Lampard bahawa tiada sesiapa di kelab itu diberi keutamaan dalam barisan kesebelasan utama menjelang perlawanan akan datang. Menurut AVB, dia amat mementingkan prestasi semasa pemain itu berbanding reputasi yang diterimanya meskipun Lampard menjaringkan satu gol baru-baru ini.

Juan Mata jumpa valencia

Penyerang Chelsea, Juan Mata akan mengetepikan rasa hormat apabila bertemu bekas rakan sepasukan di Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi esok.Penyerang berusia 23 tahun itu berpindah ke Stamford Bridge pada Ogos lalu dan mencatat rekod pembelian yang termahal buat Chelsea dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara.

27 September 2011

Cech idam juarai Liga Juara-Juara

Penjaga gawang, Petr Cech mengaku Chelsea bernafsu untuk menjuarai Liga Juara-Juara dari sudut positif kerana pasukan yang bercita-cita besar pastinya mahu mendakap trofi paling berprestij.Selepas memulakan kempen dengan menumpaskan Bayer Leverkusen, 2-0, Chelsea berkunjung ke Valencia awal pagi esok, ujian paling besar dalam saingan peringkat kumpulan yang turut membabitkan Genk.

EXCLUSIVE: TORRES TALKS

26 September 2011

Andre Villas-Boas bengang

PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas (AVB) tidak dapat menerima kritikan selepas pasukannya dilabelkan kuda tua dan bermain secara bertahan ketika tumpas 1-3 di tangan Manchaester United, Minggu lalu.




 Katanya, orang ramai terlalu cepat mengeluarkan kritikan dan ia tidak bagus buat bola sepak di England.“Saya terkejut mengapa masyarakat di sini terlalu cepat melabelkan pasukan itu bagus atau tidak. “Sesiapa pun mahu menang tapi hari itu kami tidak bernasib baik sedangkan kami sudah lakukan yang terbaik,” katanya.

Drogba-'Saya bertuah masih hidup'

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan lebih serius ketika berlaga dengan penjaga gol Norwich, John Ruddy pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung bulan lalu.






Dalam Insiden tersebut, Drogba terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani imbasan kepala selepas pengsan akibat terkena siku Ruddy ketika cuba menanduk bola di udara. “Ia memang menakutkan, saya tidak sanggup untuk mengenang kembali insiden itu. “Saya bertuah kerana tidak mengalami kecederaan lebih parah,” katanya.

25 September 2011

BPL: Keputusan Chelsea Vs Swansea City


Kemenangan yang membangakan..torres terus menunjukan peningkatan dengan menjaringkan gol minit 29 di ikuti gol dari ramires minit ke 35..


Walaupun minit ke 38 torres dilayangkan kad merah chelsea terus mengasak pada masa kedua dan ramires sekali lagi menunjukan kehebatanya dengan gol ke 3 minit ke 76.


Drogba yang masuk mengantikan anelka juga tidak ketingalan  mencatat nama sebagai penjaring pada minit2 akhir perlawanan.. tahniah chelsea...

ArulchelseA:Jika Torrs tidak dilayangkan kad merah kemungkinan dia boleh lagi menjaringkan gol.

24 September 2011

BPL: Chelsea Vs Swansea City

Malam ini chelsea akan menanti kunjungan swansea city di stamford bridge...Selepas kalah dengan Man.utd minggu lepas.. chelsea perlu bangkit dan pastikan tiga mata dalam tangan..harap perlawanan ke enam malam ini torres terus mempamerkan aksi yang memberansangkan....Kepada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 10.00mlm disaluran 812.

Torres tetap jadi taruhan

Fernando Torres sekali lagi menjadi tumpuan apabila penyerang Chelsea itu turun buat kali pertama sejak kegagalannya menjaringkan gol di depan pintu gol yang terbuka luas ketika bertemu Manchester United minggu lalu.Pasukan Blues menanti kunjungan Swansea City, hari ini dengan harapan ia dapat memulihkan semangat penyerang antarabangsa Sepanyol itu yang diejek penyokong selepas tewas kepada United.

23 September 2011

Cech sudah pulih

CHELSEA menarik nafas lega apabila penjaga golnya Petr Cech terselamat daripada kecederaan serius selepas berlaga dengan penyerang Fulham, Orlando Sa pada perlawanan Piala Carling, semalam.

Anelka sahut cabaran

BANYAK tumpuan diberikan kepada usaha Chelsea merekrut pemain muda musim ini, tanda Andre
Villas-Boas merombak skuad yang kelihatan berusia.Antara yang mungkin menjadi mangsa polisi ini adalah pemain berusia 32 tahun, Nicolas Anelka tetapi dia menyahut cabaran baru itu dengan mempamerkan persembahan mengagumkan pada musim baru setakat ini.

Chelsea menang nasib

Chelsea mengharapkan tuah untuk mara ke pusingan keempat Piala Liga pada awal pagi semalam.Skuad bimbingan Andre Villas-Boas itu mencatat kemenangan 4-3 ke atas Fulham menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stamford Bridge.

19 September 2011

Anelka mahu tinggalkan Blues

Nicolas Anelka mungkin menjadi pemain yang bakal meninggalkan Stamford Bridge sekali gus akan menjadi perpindahan percuma pada tahun depan.Anelka, 32, telah menunjukkan kesungguhannya sewaktu berada di bawah kendalian pengurus baru Blues, Andre Villas-Boas musim ini, namun tetap mahu meninggalkan kelab tersebut biarpun telah ditawar untuk melanjutkan kontrak.

Video:Torres Goal Vs Man.Ud

Torres bakal dipinjamkan

Bintang sensasi Chelsea, Fernando Torres bakal dipinjamkan kepada kelab lain pada Januari depan andai dia masih gagal mengakhiri kemarau gol yang dialaminya.Difahamkan, kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Sepanyol bakal menjadi destinasi pilihan utama skuad The Blues untuk meminjamkan Torres.

BPL: Keputusan Man.Utd. vs Chelsea


Terlalu banyak peluang yang di sia2kan..dengan pertahanan yang kucar kacir pada babak pertama menyebabkan chelsea kecundang di tangan Man.utd.Separuh masa kedua chelsea dah menguasai perlawanan dengan kemasukan anelka..cuma nasib tak menyebelahi chelsea..Walau pun torres dapat jaringkan gol..tapi dengan peluang yang banyak diperolehinya menyebabkan gol pertamanya untuk musim ini tiada erti..

Manchester United (4-4-2):De Gea; Smalling (Valencia 61), Jones, Evans, Evra (c); Nani, Fletcher, Anderson (Carrick 61), Young; Rooney, Hernandez (Berbatov 78)
Unused subs Lindegaard, Fabio Da Silva, Park, Giggs.
Goals
Smalling 7, Nani 36, Rooney 44

Chelsea (4-3-3): Cech; Bosingwa, Ivanovic, Terry (c), Cole; Ramires, Meireles (Mikel 78), Lampard (Anelka h-t); Sturridge (Lukaku 67), Torres, Mata.
Unused subs Turnbull, David Luiz, Romeu, Malouda.
Goals Torres 46

ArulchelseA: Ada peningkatan torres..

18 September 2011

Andre Villas-Boas:'Saya tidak akan tunduk'

Andre Villas-Boas akan berdepan cabaran terbesar dalam kariernya apabila berkunjung ke Old Trafford malam ini.Pengurus baharu Chelsea itu akan berjalan di hadapan 75,000 penonton di Old Trafford untuk berdepan sebuah pasukan hebat, Manchester United dan seorang pengurus yang memiliki reputasi dan pencapaian yang hebat di dunia.Alex Ferguson mula mengambil alih United ketika pengurus The Blues itu baru berusia lapan tahun.Namun, Villas-Boas berkata: “Saya tidak akan tunduk dengan reputasi Alex Ferguson mahu pun suasana di Old Trafford.

BPL: Man.Utd. vs Chelsea

Malam ini chelsea akan bertandang ke old trafford..untuk meleburkan rekod kebal Man utd.Selepas seri dan menang tiga perlawanan sebelum ini ..harap perlawanan kelime malam ini chelsea akan meneruskan rentak kemenangan..Kepada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan pertarungan sengit ini di astro jam 11.00mlm disaluran 817.


ArulchelseA: Ramalan aku  chelsea menang 2-1..(MU tak power lah.. dengan pasukan lain boleh la.. )

17 September 2011

Torres belum panas: Mata

PEMAIN tengah Chelsea, Juan Mata menegaskan musim ini bakal menjadi milik rakannya, Fernando Torres.
Torres yang sebelum ini gagal untuk menjaringkan sebarang gol juga tidak diketahui nasibnya pada perlawanan menentang Manchester United esok sama ada pengurus, Andre Villas-Boas mahu menurunkannya atau sebaliknya.

Chelsea tekad benam ego MU

Chelsea berazam menghentikan kejutan awal musim Manchester United, malam esok apabila dua seteru itu bertemu di Old Trafford.Kelab London itu berkunjung ke Manchester sebagai pasukan bukan pilihan selepas tiga kali tewas kepada anak buah Sir Alex Ferguson tahun ini iaitu tewas dalam dua aksi liga dan Liga Juara-Juara pada penghujung musim lalu.

Chelsea idam 'goyang' United

Chelsea berazam menyekat kecemerlangan awal Manchester United apabila kedua-dua pasukan gergasi Liga Perdana England itu bertemu buat kali pertama musim ini di Old Trafford esok.Dendam ketika tewas dalam tiga perlawanan terakhir musim lalu iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan liga domestik ternyata tidak pernah padam.Biarpun menyedari mereka kali ini turun sebagai underdog dan bakal berdepan barisan garang United yang telah menjaringkan 18 gol dalam empat perlawanan setakat ini, skuad bimbingan Andre Villa-Boas itu punya alasan tersendiri untuk meningkatkan keyakinan mereka.

16 September 2011

Luiz predicts United upset

David Luiz targets three points at Old Trafford

David Luiz is focused on helping Chelsea achieve victory at Old Trafford on Sunday, having made his Champions League bow for the Blues this week.

The west Londoners travel to Manchester off the back of a morale boosting win against Bayer Leverkusen, while their Barclays Premier League opponents had to settle for a point against Benfica on Wednesday.
However, United have been in rampant form domestically - taking maximum points from their four league outings, while plundering 18 goals.

Chelsea join £35m Spanish midfielder battle

 
Chelsea are being linked with a big-money transfer battle with Manchester City over Spanish international midfielder Sergio Busquets.

The Barcelona star is reportedly set to become the subject of a bidding war between the two Barclays Premier League clubs, with the Etihad Stadium outfit first linked with a £35 million move for the player earlier in the week.

Dendam Ivanovic

BRANISLAV Ivanovic kini dalam misi balas dendam di Old Trafford, ketika Chelsea berazam untuk mengaibkan Manchester United, Ahad ini.Pemain Serbia itu masih mengingati dua kekalahan di tangan musuh terhebat Blues itu yang menyebabkan Carlo Ancelotti kehilangan kerja.Kini ketika kelab itu dibimbing Andre Villas-Boas, dia mahu membuktikan bahawa United bukan pasukan yang tidak boleh dihalang biarpun bermula dengan penuh sensasi musim ini.

15 September 2011

Anda dimaafkan, Torres: Villas-Boas

Pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas berkata keraguan terhadap Fernando Torres dianggap tamat selepas penyerang Sepanyol itu membantu mencipta dua gol ketika pasukannya menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 dalam aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara kelmarin.Torres sebelum ini mencetus kontroversi selepas mengkritik rakan sepasukan dengan mengatakan mereka “tua dan lembap”, membuatkan Villas-Boas bengang dan mahu mengambil tindakan ke atas penyerang yang masih kemarau gol itu.

Torres ‘pujuk’Villas-Boas

FERNANDO Torres mungkin boleh melupakan igauan ngeri dalam kerjaya, akibat kemarau gol sejenak, apabila menjadi orang penting membantu The Blues menghasilkan jaringan kemenangan pada aksi Liga Juara-juara (CL) menentang Bayer Leverkusen, semalam.

14 September 2011

Wordless Wednesday

ArulchelseA: Torres tetap terbaik..

Torres disiasat

Fernando Torres disoal siasat oleh Chelsea berhubung satu temuramah yang mana dia dikatakan mengkritik rakan sepasukannya.Torres bercakap kepada laman web rasmi Liga Primera Sepanyol minggu lalu dengan terjemahan Inggeris kemudiannya muncul dalam laman web peribadi penyerang itu.Torrres yang mengalami ketandusan gol sejak perpindahan 50 juta (RM241.3 juta) dari Liverpool dilaporkan berkata pemain ‘tua’ Chelsea “sangat perlahan” dan memuji rakan sepasukan baru, Juan Mata sebagai pemain yang wajar dibeli.Pengurus Andre Villas-Boas mahukan penjelasan Torres yang mendakwa ia tidak diterjemah dengan tepat dalam laman web miliknya.

UCL: Keputusan Chelsea vs Bayer Leverkusen


Gol chelsea dijaringkan oleh david luiz minit ke 65 dan Juan mata minit 90..Tahniah pada Torres walaupun tak menjaringkan gol..tapi menunjukan peningkatan dengan percubaan yang merbahaya..cuma nasib tak menyebelahi untuk menjaringkan gol.. 

ArulchelseA:Tepat tekaan aku kali ni..chelsea menang 2-0..

13 September 2011

UCL:Chelsea vs Bayer Leverkusen



Pagi ni chelsea akan menentang bayer leverkusan dalam saingan liga juara2..Pada peminat2 setia chelsea jangan lupa saksikan perlawanan pertama UCL ini di astro saluran 813 jam 2.30 pg...

ArulchelseA:Pertemuan ballack dengan chelsea..rasa aku chelsea boleh memang 2-0.

Bayangan suram Torres

FERNANDO Torres bakal berhadapan zaman kegelapan dan kemungkinan tidak tersenarai dalam kesebelasan utama aksi Liga Juara-juara, selepas kegagalannya menamatkan kemarau tanpa gol sejak tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris, bermula.

Torres juga berkemungkinan kehilangan tempat pada aksi menentang Manchester United, Ahad depan.Sejak kedatangannya ke Chelsea, Januari musim lalu, Torres sekadar menjaringkan satu gol, sekali gus menambah resah jurulatihnya Andre Villas-Boas yang tidak mahukan The Blues kehilangan mata berharga.

The Blues bakal berhadapan Bayer Leverkusen, esok dalam aksi pertama Liga Juara-Juara sebelum turun menentang United.

Villas-Boas sedia laksana misi

Andre Villas-Boas bersedia melaksanakan misi yang gagal dilaksanakan enam pengurus sebelum ini untuk membawa trofi Liga Juara-Juara dalam genggaman pemilik Chelsea, Roman Abramovich, musim ini.Sejak jutawan dari Russia itu mengambil alih kelab London itu pada 2003, bekas pengurus Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Carlo Ancelotti meninggalkan Stamford Bridge selepas gagal mendominasi saingan peringkat Eropah.

12 September 2011

Torres tetap dapat kepercayaan

Andre Villas-Boas memberi bayangan akan menurunkan Fernando Torres apabila Chelsea memulakan kempen Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen di tempat sendiri, esok.Torres diketepikan di bangku simpanan ketika kelab London itu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini menerusi kemenangan 2-1 di Sunderland, kelmarin.

Villas-Boas puas hati komitmen pemain


CHELSEA kembali berada di landasan sebenar selepas meraih kemenangan, 2 - 1 ke atas Sunderland. Pada aksi Liga Perdana Inggeris, penyerang Daniel Sturridge menyelamatkan Chelsea daripada pulang membawa satu mata apabila meledak gol kedua pada minit ke-50 selepas jaringan pertama oleh John Terry yang menerjah gawang lawan pada minit ke-18.

11 September 2011

Torres: Chelsea terlalu perlahan

Penyerang Chelsea, Fernando Torres (gambar) menghentam kelabnya apabila mendedahkan, barisan pemain tengah skuad The Blues itu sudah terlalu tua.Penyerang Sepanyol itu mengalami kemarau gol dan setakat ini hanya menjaringkan satu gol untuk Chelsea dan skuad kebangsaan sejak tiba di Stamford Brigde dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta (RM238.55 juta) dari Liver- pool pada Januari lalu.

Meireles penuhi kehendak The Blues

Andre Villas-Boas kelmarin menegas- kan bahawa pemain baharu, Raul Meireles (gambar) adalah perancang yang amat diperlukan dalam skuad Chelsea.The Blues membeli pemain Portugal itu pada saat-saat akhir selepas gagal membawa bintang Spurs, Luka Modric.Villas-Boas menjelaskan, pemain yang dijual olehnya kepada Liverpool ketika bersama Porto tahun lalu itu memenuhi semua kriteria se- bagai seorang perancang tengah.

Keputusan Sunderland vs Chelsea


Gol dijaringkan oleh Teryy dan Sturridge


ArulchelseA: kesilapan pertahanan membawa padah..kalau tak dah menang 2-0..perlu tajamkan lagi serangan jika mahu menang lawan man. utd minggu depan.

10 September 2011

Sunderland Vs Chelsea

Malam ini chelsea akan menentang sunderland di tempat lawan.Selepas seri dan menang dua perlawanan sebelum ini ..harap perlawanan keempat malam ini chelsea akan meneruskan rentak kemenangan.Kepada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan perlawanan ini di astro jam 10.00mlm disaluran 812.


ArulchelseA: Ramalan aku chelsea menang 2-0

Chelsea terdesak

Penyerang Chelsea, Didier Drogba tidak akan bersama pasukan itu ke Sunderland hari ini dan dijangka akan diketepikan pada aksi menentang Manchester United dalam perlawanan seterusnya Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford.

9 September 2011

Amaran buat Torres

Fernando Torres telah diberi amaran bahawa kemarau jaringan di Chelsea kini bakal menjejaskan karier antarabangsa bersama skuad kebangsaan Sepanyol.Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque memberitahu Torres bahawa dia tidak akan diturunkan selagi belum menjaringkan gol buat skuad The Blues.Penyerang Sepanyol itu mula ketinggalan di belakang beberapa penyerang lain dalam skuad kebangsaan selepas hanya menyumbang satu gol sejak berpindah dari Liverpool ke Stamford Bridge pada Januari lalu.

Meireles dedah rahsia

Raul Meireles menegaskan, dia tidak pernah terfikir untuk meninggal- kan Liverpool.Pemain tengah Portugal itu melengkapkan perpindahan bernilai £12 juta (RM57.25 juta) ke Chelsea pada saat-saat akhir sebelum pintu perpindahan ditutup minggu lalu.Perpindahan itu turut menyaksikan Meireles kembali bergabung bersama bekas pengurus kelab Porto FC, Andre Villas-Boas yang kini mengemudi skuad The Blues itu di Stamford Bridge.

8 September 2011

Cech kembali pulih

Chelsea menerima berita gembira kelmarin apabila Petr Cech kembali berlatih sepenuh masa menjelang kunjungan ke Sunderland bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.Penjaga gol itu diketepikan antara tiga dan empat minggu selepas koyak ligamen lutut ketika berlaga semasa latihan bulan lalu namun berjaya memulihkan diri lebih cepat daripada yang dijangkakan.

6 September 2011

Terry yakin kemampuan Rooney

Kapten England, John Terry percaya Wayne Rooney sudah kembali kepada prestasi terbaiknya yang boleh membantu skuad negaranya menjadi pesaing utama Euro 2012.Skuad kendalian Fabio Capello bakal layak ke pusingan akhir di Poland dan Ukraine jika menewaskan jiran mereka, Wales di Stadium Wembley pada awal pagi esok dan Rooney dijangka mengetuai jentera serangan selepas menamatkan kemarau jaringan di pentas antarabangsa ketika menewaskan Bulgaria 3-0 pada Jumaat lalu.

28 Ogos 2011

BPL: Keputusan Chelsea vs Norwich City

Chelsea menang 3-1 keatas norwich city,gol dijaringkan oleh bosingwa minit ke 5 ,Lampard minit ke 81 dan juan mata minit 90.gol tungal norwich dijaringkan oleh holt minit ke 62.



Chelsea (4-1-3-2): Hilario; Bosingwa, Ivanovic, Terry (c), Cole; Mikel; Ramires, Lampard, Malouda (Mata 67); Drogba (Anelka 70), Torres (Lukaku 82)

27 Ogos 2011

Chelsea vs Norwich City

Malam ini chelsea akan menanti kunjugan Norwich city di Stamford Bridge. 
Selepas seri bertemu stoks dan menang 2-1 ke atas west brom..perlawanan ketiga malam ini diharap chelsea meneruskan rentak kemenangan di gelangang sendiri.Kepada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan perlawanan ini di astro jam 10.00mlm disaluran 812.
 

ArulchelseA:aku agak chelsea menang 3-0..

Norwich kekal satu misteri

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui beliau tidak banyak mengetahui tentang Norwich apabila kedua-dua pasukan turun pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, hari ini. Villas-Boas memulakan kariernya sebagai pembantu kepada Jose Mourinho di Porto, Chelsea dan Inter Milan sebelum dilantik sebagai pengurus di Chelsea.

26 Ogos 2011

Undian Champion League

Undian peringkat kumpulan Champions League:


Group A
Bayern Munich
Villarreal
Manchester City
Napoli

Group B
Inter
CSKA Moscow
Lille
Trabzonspor

Group C
Manchester United
Benfica
FC Basel
Otelul Galati

Group D
Real Madrid
Lyon
Ajax
Dinamo Zagreb

Group E 
Chelsea
Valencia
Bayer Leverkusen
RC Genk

Group F
Arsenal
Marseille
Olympiacos
Borussia Dortmund

Group G
Porto
Shakhtar Donetsk
Zenit St Petersburg
APOEL

Group H
Barcelona
AC Milan
BATE Borisov
Viktoria Plzen

24 Ogos 2011

Bukn kerana wang

Juan Mata mengaku menolak tawaran sertai Arsenal dan Tottenham sebelum memilih menyertai Chelsea.
Andre Villas-Boas berusaha mendapatkan perancang Valencia itu dengan tawaran yang mencecah nilai 25 juta (RM122.7 juta).Arsenal dan Tottenham sebelum ini dikaitkan dengan penyerang berusia 23 tahun itu yang mengesahkan menolak tawaran daripada pencabar Utara London itu.

22 Ogos 2011

Juan Manuel Mata ke chelsea

Suatu perjanjian telah dicapai dengan Valencia FC untuk pemindahan pemain tengah Juan Manuel Mata ke Chelsea Kini pemian itu hanya tingal menungu  kelulusan perubatan.


Juan Manuel Mata.

Mata akan menjadi pemain Sepanyol ketiga yang menyertai kelab chelsea berikutan ketibaan Torres pada awal tahun 2011  dan Oriol Romeu.

Arulchelsea:selamat datang ke Chelsea 

Chelsea mula tunjuk taring

Chelsea kembali bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas West Bromwich Albion pada aksi saingan Liga Perdana England awal pagi semalam.Pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, perancang skuad The Blues, Florent Malouda dijulang sebagai wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-83 perlawanan.

21 Ogos 2011

BPL:Chelsea 2 West Brom 1

                                                      2                                          1
Chelsea menang dengan jaringan anelka dan molauda..gol west brom pula dijaringkan oleh shane Long minit ke 4.Walaupun agak hambar pada babak pertama..chelsea tetap berjaya memberi tekanan pada separuh masa kedua..dan akhirnya berjaya memperoleh 3 mata di gelangang sendiri..

20 Ogos 2011

Chelsea vs West Brom

Pagi ini chelsea akan menanti kunjugan west bromwich di Stamford Bridge. 
Selepas seri bertemu stoks minggu lepas..perlawanan kedua pagi ini diharap berpihak kepada chelsea..Pada peminat2 setia chelsea jangaan lupa menyaksikan perlawanan ini di astro jam 12.30 pg disaluran 817.





17 Ogos 2011

Chelsea tetap mahukan Modric

CHELSEA kembali mengalihkan tumpuannya kepada pemain tengah Tottenham Hotspurs, Luka Modric selepas mengeluarkan kenyataan akan mencari pemain lain kerana Spurs enggan melepaskan bintang Crotia itu. Kali ini, The Blues menawarkan RM146 juta kepada Spurs untuk membawa pemain berusia 25 tahun itu ke Stamford Bridge.

16 Ogos 2011

Chelsea ikrar cabar reputasi United

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (gambar) tetap yakin pasukannya mampu menjadi pencabar utama merebut kejuaraan Liga Perdana England musim ini.Pada aksi pembukaan liga malam kelmarin, skuad The Blues bermula hambar apabila sekadar seri 0-0 dengan Stoke City.

Rekod 12 musim lebur

Andre Villas-Boas menempuh permulaan mengecewakan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Chelsea gagal meraih kemenangan pada perlawanan pembukaan buat kali pertama sejak 12 musim apabila terikat 0-0 dengan Stoke, kelmarin.Villas-Boas mengambil alih tugas pertamanya dalam perlawanan kompetitif sejak tiba dari Porto dan bos baru Chelsea itu dinafikan kemenangan apabila penjaga gol Stoke, Asmir Begovic cemerlang menyelamatkan beberapa cubaan Blues.

14 Ogos 2011

EPL:Stoks 0 Chelsea 0

Pemulaan yang suram..Chelsea sekadar seri 0-0 menentang stoks..
. Stoke v Chelsea

Ujian pertama Villas-Boas

Andre Villas-Boas bersedia dengan misi utamanya untuk memuaskan hati pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich apabila membimbing pasukannya bertemu Stoke di Stadium Britannia malam ini.Villas-Boas, 33, mencetuskan sensasi dengan ditawarkan tugas berprofil tinggi dalam kancah bola sepak Eropah selepas menjulang kejayaan cemerlang di FC Porto musim lalu.

13 Ogos 2011

Saingan liga bermula

Hari ni bermulalah saingan liga perdana untuk musim 2011/12.Chelsea akan bertandang ke stoks city untuk perlawanan pembukaan malam esok pukul 8.25 malam.Pada peminat2 chelsea jangan lupa menyaksikan perlawanan ini di astro saluran 817.Perlawanan antara spurs dan everton telah dibatalkan akibat rusuhan.

United halangan utama Chelsea

Kapten Chelsea, John Terry menjangkakan persaingan lebih sengit dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila tirai saingan dibuka hari ini selepas kelab-kelab elit Inggeris berbelanja besar mendapatkan pemain baru pada musim panas.Terry percaya, juara bertahan Manchester United kekal pasukan pilihan apabila kelab itu tampak lebih mantap dengan kehadiran pemain baru iaitu penyerang England, Ashley Young, penjaga gol Sepanyol, David De Gea dan pemain pertahanan Blackburn, Phil Jones.

12 Ogos 2011

Villas-Boas tiada istilah kuda tua

Dengan pengurus baru Andre Villas-Boas tidak menjengah jendela perpindahan, Chelsea melancarkan kempen baru merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester United dengan skuad sama musim lalu yang semakin dimamah usia.Bagaimanapun, jurulatih berusia 33 tahun dari Portugal itu tidak menggunakan sepenuhnya dana disediakan jutawan Russia, Roman Abramovich untuk membawa masuk pemain baru, sebaliknya hanya mendapatkan khidmat penjaga gol simpanan – Thibaut Courtois dan pemain tengah Barcelona, Oriol Romue.

11 Ogos 2011

Pertukaran Benayoun dan Modric

Chelsea masih tidak mahu menyerah kalah bagi mendapatkan khidmat perancang Tottenham Hotspur (Spurs), Luka Modric.Bagi merealisasikan impian mereka itu, Chelsea bersedia mele- paskan pemain tengahnya, Yossi Benayoun sebagai pertukaran.Berita itu pasti dianggap satu perkhabaran gembira buat pengurus Spurs, Harry Redknapp.

9 Ogos 2011

Drogba yakinkan jurulatih

Didier Drogba dan rakan sepasukan dari Afrika melangkah ke musim baru Liga Perdana Inggeris dengan tekad untuk meyakinkan pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas mereka layak untuk menjadi sebahagian daripada masa depan kelab itu.Villas-Boas berjanji memberi peluang kepada semua pemain untuk cuba menarik perhatiannya setibanya di Stamford Bridge dan perkara itu menarik perhatian Drogba, Salomon Kalou, John Obi Mikel dan Michael Essien.

7 Ogos 2011

Selamat jalan Zhirkov,Selamat datang lukaku

Yury Zhirkov tingalkan chelsea untuk kembali ke liga russia.Zhirkov telah bersama chelsea selama 2tahun sejak july 2009 selepas bersama dengan klub  CSKA Moscow..Apa pun selamat berjaya pada zhirkov dan terima kasih atas sumbangannya kepada pasukan chelsea selama ini..


RANGERS 1 CHELSEA 3

Chelsea menutup kesemua perlawanan persahabtan dengan kemenangan apabila menewaskan rangers 3-1 malam tadi..gol2 chelsea dijaringkan oleh Sturridge 21, 29, Malouda 71.manakala gol rangers dijaringkan oleh Jelavic minit ke 6.



6 Ogos 2011

Chelsea vs rangers malam ini

Malam ni perlawanan persahabatan terakhir chelsea sebelum memulakan kempen liga perdana nanti.. Pada peminat2 chelsea jangan lupa saksikan pertemuan antara chelsea dan rangers di astro saluran 817 jam 10 malam ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...