24 November 2011

Andre Villas-Boas didenda

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas didenda �12,000 (AS$18,784) oleh Persatuan Bolasepak (FA), kelmarin kerana komennya terhadap pengadil Chris Foy berikutan kekalahan kelab itu kepada QPR dalam saingan Liga Perdana Inggeris, bulan lalu.Villas-Boas, yang turut diberi amaran mengenai kelakuannya oleh badan siasatan bebas, sebelum ini mengakui yang beliau 'sangat agresif' dengan Foy berikutan kekalahan itu.



“Dia (Foy) hilang kawalan terhadap perlawanan itu...dia begitu gembira melayangkan kad terhadap pasukan (Chelsea),” kata pengurus berasal dari Portugal itu yang turut menyaksikan kekalahan itu menghalang mereka daripada mengekori rapat Manchester City.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...