2 Oktober 2011

Chelsea Janji lepas geram

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mahu anak buahnya melupakan kekecewaan di Valencia, Rabu lalu dan mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke atas Bolton.Skuad Blues keletihan selepas pulang dari Sepanyol akibat perjalanan yang sukar dan kecewa apabila bolos di saat akhir untuk pulang dengan hanya satu mata pada perlawanan yang dianggap paling mencabar di peringkat kumpulan.
Kunjungan ke Stadium Reebok pastinya tidak begitu sukar kerana pasukan bimbingan Owen Coyle mempamerkan aksi hambar sejak awal musim.Villas-Boas kehilangan khidmat Fernando Torres yang digantung tiga perlawanan selepas dibuang padang ketika menewaskan Swansea hujung minggu lalu tetapi dengan kesediaan Didier Drogba untuk kembali beraksi dan Daniel Sturridge pula cuba menarik perhatian selepas bergelar pemain pinjaman lima bulan lalu, Chelsea kelihatan cukup yakin.

“Didier kini sudah cergas sepenuhnya,” kata pengurus Chelsea itu.“Dia tersenarai bersama pasukan untuk dua perlawanan lalu. Kami mahu memberinya peluang sebelum menentang Fulham tetapi ia mustahil kerana sebab tertentu begitu juga ketika menentang Swansea dan satu-satunya pilihan adalah menurunkannya pada akhir perlawanan.


“Dia bagaimanapun kini mempamerkan persembahan terbaik dan sedia untuk dipilih. Kami perlu memutuskan apa yang kami ingini mengikut strategi tetapi semua pemain bersemangat,” katanya.Manchester City dan Manchester United beraksi 24 jam sebelum itu dan Chelsea mungkin ketinggalan enam mata atau mungkin hanya tiga mata sebelum perlawanan ini bermula.

Villas-Boas bagaimanapun menegaskan, apapun keputusan dicapai dua kelab Manchester itu, persediaan pasukannya tetap sama.“Tiada kaitan langsung. Jadual menetapkan ada yang bermain pada Sabtu dan bakinya keesokan hari. Kami mungkin ketinggalan enam mata atau berpeluang menyamakan kedudukan.

“Terpulang kepada anda untuk memilih perkara positif atau negatif. Ini perlawanan ketujuh, tiada sesuatu yang pelik.“Kami memiliki masa rehat dua hari selepas aksi di Valencia yang memenatkan akibat penerbangan yang ditangguh. Apapun saya yakin seluruh pasukan ini akan bangkit dan mempamerkan persembahan terbaik,” katanya lagi.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...