12 September 2011

Villas-Boas puas hati komitmen pemain


CHELSEA kembali berada di landasan sebenar selepas meraih kemenangan, 2 - 1 ke atas Sunderland. Pada aksi Liga Perdana Inggeris, penyerang Daniel Sturridge menyelamatkan Chelsea daripada pulang membawa satu mata apabila meledak gol kedua pada minit ke-50 selepas jaringan pertama oleh John Terry yang menerjah gawang lawan pada minit ke-18.

Pengurusnya Andre Villas-Boas nyata berpuas hati dengan kemenangan tersebut apabila sesi latihan berjaya di terjemahkan ketika beraksi di padang. “Pemain bermain dengan baik kerana apa yang dilakukan ketika latihan diterjemahkan dengan begitu baik sekali.

“Sudah tentu, keputusan 2-1 bukanlah satu yang terbaik kerana lawan berjaya melepasi pertahanan Chelsea, kurang tiga minit perlawanan berakhir dan saya berpuas hati dengan kesungguhan ditunjukkan pemain kali ini,” katanya.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...