17 September 2011

Chelsea tekad benam ego MU

Chelsea berazam menghentikan kejutan awal musim Manchester United, malam esok apabila dua seteru itu bertemu di Old Trafford.Kelab London itu berkunjung ke Manchester sebagai pasukan bukan pilihan selepas tiga kali tewas kepada anak buah Sir Alex Ferguson tahun ini iaitu tewas dalam dua aksi liga dan Liga Juara-Juara pada penghujung musim lalu.


Jika rekod buruk itu masih belum membimbangkan, Chelsea turut berdepan dengan United yang memulakan musim ini dengan hebat apabila mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dan jaringan 18 gol yang tidak pernah berlaku sebelum ini.Chelsea cukup mengetahui aksi awal musim boleh mengelirukan, merujuk kepada persembahan awal yang hebat kelab itu pada tahun lalu apabila mereka menjaringkan 17 gol dalam empat kemenangan sebelum mengalami kemerosotan yang memusnahkan cabaran mereka.

“United bermula dengan baik musim ini namun jika anda masih ingat, kami juga bermula dengan baik musim lalu,” kata pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.“Mereka meningkat sebagai satu pasukan namun kami mempunyai matlamat, idea dan akan cuba menggunakannya dalam padang.


“Ia akan menjadi perlawanan paling sukar untuk kami sehingga kini dan kami perlu memberikan lebih daripada seratus peratus.” Ivanovic beraksi dalam semua tiga kekalahan Chelsea menentang United musim lalu termasuk dua di Manchester.

Bagaimanapun pemain pertahanan tengah Serbia itu menegaskan Chelsea yang boleh berada di puncak liga jika menang dalam aksi malam esok tidak akan membawa sebarang kesan psikologi yang lalu ke Old Trafford.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...