Andre Villas-Boas berdepan risiko dikenakan tindakan oleh FA Inggeris apabila beliau melemparkan kritikan pedas terhadap pengadil, Chris Foy ketika mengadili perlawanan yang menyaksikan Chelsea tewas 0-1 di tangan QPR.Pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada Jose Bosingwa dan Didier Drogba pada babak pertama selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah seawal minit kesembilan yang disempurnakan Heidar Helguson.
Villas-Boas mengaku bersemuka dengan Foy selepas perlawanan dan mendakwa pengadil itu serta pembantunya gagal menangani tekanan pada pertemuan tetangga barat London itu hingga menyebabkan pasukannya tewas.
Selain dua kad merah, tujuh pemain Chelsea turut menerima kad kuning sekali gus menyebabkan kelab didenda secara automatik namun pengendali itu lebih memberi perhatian kepada kewibawaan pengadil perlawanan.
“Pengadil (Foy) amat teruk, sangat, sangat teruk,” katanya. “Ia tidak mencerminkan keputusan. Saya bercakap dengannya selepas perlawanan dan sangat agresif kepadanya selepas itu.
“Semua orang mengalami hari yang tidak baik tapi hari ini bukan hari yang tidak baik untuk kami. Ia hari yang baik buat kami tapi buruk buat pengadil.”[sumber]
ArulchelseA:Memang teruk dan sangkak pengdil tu..
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan