FERNANDO Torres mungkin boleh melupakan igauan ngeri dalam kerjaya, akibat kemarau gol sejenak, apabila menjadi orang penting membantu The Blues menghasilkan jaringan kemenangan pada aksi Liga Juara-juara (CL) menentang Bayer Leverkusen, semalam.
Dua gol Chelsea hadir daripada Torres berjaya disempurnakan David Luiz pada minit ke-64 dan Mata pada minit ke-90. Pengurusnya, Andre Villas-Boas yang mengambil keputusan menyenaraikan Torres dalam kesebelasan utama nyata tidak sia-sia.
Bagaimanapun, nasibnya masih samar, dan belum tentu prestasinya ketika di CL mampu menyejukkan hati bosnya untuk disenaraikan dalam barisan utama menentang Manchester United, Ahad ini.
“Masih ada dua hari latihan dan Torres perlu bersaing dengan empat lagi penyerang jika mahu beraksi, kerana kami perlu buat keputusan terbaik,” katanya.
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan