Andre Villas-Boas mengakui harapan Chelsea untuk merebut gelaran Liga Perdana terjejas selepas keciciran mata di gelanggang sendiri apabila seri 1-1 dengan Fulham semalam.The Blues kini mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan terakhir. Biarpun seri menentang Tottenham di gelanggang lawan boleh dianggap keputusan yang baik namun kegagalan menewaskan Wigan dan Fulham amat mengecewakan Chelsea yang memburu kedudukan teratas.
Selepas menyaksikan anak buahnya merapatkan jurang dengan pendahulu Manchester City kepada tujuh mata dua minggu sebelum ini, Villas-Boas mengakui kegagalan meneruskan rentak cemerlang itu menyebabkan pasukannya mula hilang cengkaman dalam saingan liga.
Keputusan seri di West Bromwich Albion sekurang-kurangnya menjadikan kebimbangan pengurus itu ketinggalan 13 mata di belakang tidak menjadi kenyataan.
Namun dengan pasukan kendalian Roberto Mancini dan Manchester United, kini memiliki kelebihan 11 mata, bakal memungkinkan Blues merosot ke tangga kelima jika Arsenal menumpaskan Wolverhampton Wanderers.
Aston Villa akan berkunjung ke Stamford Bridge pada 31 Disember namun Villas-Boas mengakui beliau mengharapkan tiga mata penuh pada dua aksi di tempat sendiri.
“Saya fikir ia agak sukar,” katanya mengenai peluang pasukan untuk merapatkan jurang. “Jika kami mencapai keputusan baik pada Disember dengan meraih enam mata menerusi dua perlawanan di gelanggang sendiri, kami akan mempunyai peluang.
“Namun harus diingat, jika mereka (City dan United) turut meraih kemenangan, tugas kami akan bertambah sukar untuk muncul juara.”[sumber]
1 Pengulas Sukan:
Apo pun keputusan eyh, den totap sokong Chelsea! ^_^
Catat Ulasan