Kemampuan England akan benar-benar teruji apabila dijadual berdepan juara dunia, Sepanyol dalam satu aksi persahabatan di Stadium Wembley awal pagi esok.Bagaimanapun, jurulatih skuad The Three Lions, Fabio Capello pastinya 'pening' memikirkan untuk menurunkan barisan kesebelasan utama terkuatnya selepas beberapa tonggak utama dihimpit masalah kecederaan
Antara yang terpaksa diketepikan ialah perancang Liverpool, Steven Gerrard; perancang Arsenal, Jack Wilshere dan pemain sayap Manchester United, Ashley Young.Lebih memburukkan keadaan, Capello tidak menyenaraikan penyerang berbisa United, Wayne Rooney selepas kontroversi yang timbul ekoran kad merah yang diterima pemain tersebut ketika aksi kelayakan Euro 2012 menentang Montenegro bulan lalu.
Di sebalik segala masalah itu, kapten England, John Terry pula belum pasti dapat diturunkan dalam kesebelasan utama skuad The Three Lions selepas terlibat dengan kontroversi isu perkauman.Meskipun berada dalam senarai skuad yang dipanggil Capello bagi menghadapi aksi persahabatan, jurulatih kelahiran Itali itu dijangka tidak akan menurunkan Terry pada pertemuan menentang Sepanyol, sebaliknya akan hanya membenarkan pemain tersebut beraksi ketika menentang Sweden tiga hari kemudian.
Sedar dengan masalah dialaminya itu, Capello ketika ini dalam keadaan berhati- hati kerana tahu bahawa ujian getir bakal menantinya memandangkan turun menentang Sepanyol yang memiliki ramai pemain berkualilti.
"Saya fikir Sepanyol memiliki ramai pemain bertaraf dunia."Sepanyol memiliki pemain yang sangat bagus apabila bola berada dalam kawalan mereka dan juga bijak untuk mencuri semula bola dengan pantas daripada pihak lawan."Ini merupakan satu corak permainan baharu diterapkan Sepanyol," katanya.
Ditanya sama ada beliau juga mahu menerapkan corak permainan yang sama seperti mana dilakukan Sepanyol, Capello menjawab, ia merupakan satu kesilapan jika kamu meniru corak permainan mereka.Untuk rekod, sejak Capello mengambil alih tugas selaku jurulatih England pada 2008, skuad The Three Lions berjaya mencatatkan 26 kemenangan, lapan seri dan enam kali tewas dalam 40 perlawanan di pentas antarabangsa.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan