
"Apa yang paling penting, sebaik saingan liga kembali bersambung, kamu perlu mengekalkan rentak kemenangan yang kamu catatkan sebelum ini."Saya tidak fikir apabila saingan liga berhenti seketika, ia akan menjejaskan tahap pretasi kerana ia memang sudah termasuk dalam kalendar pertandingan. Apa yang penting, kamu perlu terus mencatatkan kemenangan," kata Villas- Boas.
Bagaimanapun, skuad The Blues dijangka tidak berdepan laluan mudah untuk menewaskan Everton. Berdasarkan rekod lima pertemuan sebelum ini, Everton berjaya mencuri satu mata daripada Chelsea apabila mencatatkan keputusan seri di Stamford Bridge.
"Everton pastinya akan berusaha untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka apabila berkunjung ke Stamford Bridge. Kami (Chelsea) perlu berhati-hati kerana ia bakal menjadi perla- wanan yang sengit.
"Pada pandangan saya, Everton kini berada pada tahap prestasi terbaik mereka. Memang mereka tewas di tangan Liverpool sebelum ini tetapi mereka pasti akan kembali bangkit."Ia sekali gus membuktikan bahawa pengurus Everton (David Moyes) telah melakukan tugasnya dengan begi- tu baik," jelas Villas-Boas.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan