Raul Meireles menegaskan, dia tidak pernah terfikir untuk meninggal- kan Liverpool.Pemain tengah Portugal itu melengkapkan perpindahan bernilai £12 juta (RM57.25 juta) ke Chelsea pada saat-saat akhir sebelum pintu perpindahan ditutup minggu lalu.Perpindahan itu turut menyaksikan Meireles kembali bergabung bersama bekas pengurus kelab Porto FC, Andre Villas-Boas yang kini mengemudi skuad The Blues itu di Stamford Bridge.
Ia seakan-akan sama dengan situasi perpindahan mengejut penyerang Sepanyol, Fernando Torres ke Chelsea pada Januari musim lalu, sekali gus memaksa Liverpool 'menjual' bintang Portugal itu.Namun ianya merupakan satu perkara yang normal apabila pemain tersebut mahu meninggalkan kelab itu.
"Ketika saya berada di Porto FC, saya mahu berhijrah dan kelab bersedia untuk menjual saya. Saya telah membuat pilihan tepat untuk beraksi bersama Liverpool tahun lalu.
"Namun tahun ini agak berbeza kerana menyedari yang saya tidak mahu pergi."Saya dapat merasakan pemilik baharu Liverpool tidak mahu menjual saya tetapi setelah saya mengetahui Chelsea dan Andre (Villas- Boas) mahukan khidmat saya, itu telah meyakinkan saya."
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan