13 September 2011

Villas-Boas sedia laksana misi

Andre Villas-Boas bersedia melaksanakan misi yang gagal dilaksanakan enam pengurus sebelum ini untuk membawa trofi Liga Juara-Juara dalam genggaman pemilik Chelsea, Roman Abramovich, musim ini.Sejak jutawan dari Russia itu mengambil alih kelab London itu pada 2003, bekas pengurus Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Carlo Ancelotti meninggalkan Stamford Bridge selepas gagal mendominasi saingan peringkat Eropah.


Kini Chelsea memburu kegemilangan selepas Abramovich melaburkan ratusan juta pound untuk melakar kemenangan bermula dengan perlawanan menentang Bayern Leverkusen di Stamford Bridge, awal pagi esok.
Dengan Valencia dan Racing Genk juga menjadi pencabar Kumpulan E, Chelsea seharusnya tidak berdepan masalah untuk melepasi halangan peringkat kumpulan.

Pemain yang masih kekal ketika Chelsea tampil buat kali pertama dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mereka melangkah ke separuh akhir 2003-04 adalah John Terry dan Frank Lampard.Lampard menyatakan kegagalan sebelum ini menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menjulang trofi.

“Sememangnya piala ini dikehendaki pemilik kelab,” katanya kepada pemberita.“Apabila sudah meraih banyak kejayaan peringkat domestik, ia bukan hanya pemilik tapi kelab dan peminat juga mengidam kejayaan peringkat Eropah.“Selepas memenangi pelbagai trofi dalam sejak tujuh tahun lalu, hanya trofi Liga Juara-Juara yang masih belum berada dalam kabinet kami.

“Saya tidak menyatakan itu punca pengurus sebelum ini dipecat tapi beban yang dipikul memang amat berat.” Villas-Boas bersedia menyempurnakan misi itu selepas menjadi jurulatih termuda menjuarai trofi peringkat Eropah dengan menjulang Liga Europa bersama Porto musim lalu.

Chelsea memulakan kempen musim baru dengan bergaya di bawah kendaliannya dengan rekod tanpa kalah menerusi tiga kemenangan dan satu seri, yang terakhir kemenangan 2-1 ke atas Sunderland, Sabtu lalu.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...