Namun pemain pertahanan Stamford Bridge berusia 30 tahun itu percaya hampir separuh daripada pasukan yang bertanding mampu merebut gelaran sambil menganggap Manchester City dan Liverpool paling aktif dalam pasaran jual beli pemain.“Saya bimbang dengan kemampuan banyak pasukan musim ini. Semuanya menguatkan pasukan masing-masing,” kata Terry.
“City dan United membeli beberapa pemain yang bagus, Liverpool juga dilihat mempunyai pasukan yang mantap.” “Ada enam atau tujuh pasukan yang mampu bersaing hebat dan berpeluang memenangi trofi.” Terry turut mengaku United adalah penghalang utama Chelsea meraih semula mahkota kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2010.
“Kami boleh mengatasi United,” kata Terry. “Mereka sudah menjadi penanda aras selama 20 tahun. Kami memberi tentangan sehingga ke penghujung saingan musim lalu namun akhirnya kami gagal.
“Kami melihat kualiti dan keinginan mereka untuk terus menjadi juara. Ia membuatkan saya semakin bersemangat dan melihat mereka menjulang trofi tahun lalu menyebabkan saya kecewa sehingga ke hari ini. Saya mahu menjulang semua trofi kejuaraan.
“Setiap tahun saingan bertambah sengit. Semua pemain semakin hebat dan pengurus mengharapkan lebih kemenangan.” Chelsea memulakan kempen musim ini dengan bertandang ke Stoke esok manakala Manchester United memulakan pemburuan gelaran liga ke-20 menentang West Bromwich Albion di Hawthorns.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan