Polis Britain melancarkan siasatan terhadap dakwaan kapten Chelsea, John Terry meluahkan kata-kata berbaur perkauman ke atas pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di Loftus Road, bulan lalu.
“Polis dimaklumkan mengenai insiden pada Ahad, 23 Oktober lalu membabitkan dakwaan penghinaan berbaur perkauman. Ketika ini ia disiasat pegawai dari Hammersmith dan Fulham,” ulas jurucakap Polis Metropolitan.
Terry menafikan sekeras-kerasnya meluahkan komen berbaur perkauman ke atas Ferdinand., adik kepada rakan sepasukannya dalam pasukan kebangsaan England, Rio.
Terry berada di Belgium kelmarin bersama Chelsea yang diikat Racing Genk, 1-1 pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara sekalipun dia tidak berada dalam kesebelasan utama.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan