Chelsea berdepan tekanan penyokong mereka yang meminta pasukan itu terus kekal di Stamford Bridge.Isnin lalu, Blues mendedahkan rancangan berpindah dari lokasi dihuni sejak 106 tahun lalu.Pengerusi Blues, Bruce Buck, berkata, kelab membuat tawaran untuk membeli 15,000 saham kepunyaan penyokong dalam kumpulan bergelar Chelsea Pitch Owners (CPO).
CPO membeli saham di padang dan tempat duduk Stamford Bridge pada 1993, ketika pemiliknya ketika itu, Ken Bates cuba menghindari ugutan pengusaha hartanah di kawasan mewah, barat daya London.
Meskipun Chelsea menekankan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan meninggalkan Stamford Bridge atau sebaliknya, Buck berkata, harapan untuk mengubah suai stadium adalah mustahil selepas beberapa tahun berusaha ke arah itu.
Ketika ini, kelab meninjau lokasi lain di Battersea dan Earls Court, serta berjanji kepada ahli CPO tidak akan berpindah lebih dari tiga batu daripada lokasi asal mereka sebelum 2020.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan