3 Oktober 2011

Chelsea mengamuk

Chelsea terus menghangatkan saingan Liga Perdana Inggeris apabila mudah membenam Bolton Wanderers 5-1 pada perlawanan di Stadium Reebok, malam tadi.Hatrik Frank Lampard dan dua jaringan Daniel Sturridge memastikan Blues kembali merampas tangga ketiga liga daripada Newcastle United untuk mengumpul 16 mata, ketinggalan tiga mata di belakang Manchester United dan City yang kini gah menguasai tempat pertama dan kedua.


Skuad kendalian Andre Villas-Boas yang jelas menguasai perlawanan di Stadium Reebok membuka jaringan seawal minit kedua permainan menerusi tandukan Sturridge untuk menewaskan penjaga gol lawan, Adam Bogdan sebelum Lampard mula menemui sentuhan jaringannya.Hantaran silang Sturridge pada minit ke-15 dalam kotak penalti lawan membolehkan Lampard merembat kencang untuk menambah derita skuad kendalian Owen Coyle yang kini kekal menghuni tangga terbawah Liga Perdana dengan tiga mata.

Bogdan terus dihukum apabila gagal menolak keluar percubaan Sturridge pada minit ke-25 yang kemudiannya menerjah jaring dan dua minit kemudian Lampard menyudahkan rembatan David Luiz yang gagal ditangkap kemas bagi memastikan Chelsea mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.Lampard akhirnya meledak hatrik pada minit ke-59 apabila bertukar hantaran dengan Didier Drogba dalam kotak penalti sebelum merembat kencang menewaskan Bogdan untuk kali ketiga.


Namun Bolton yang meningkatkan permainan dan cuba memberikan cabaran berjaya mengejutkan Chelsea sebaik babak kedua bermula apabila Dedryck Boyata menanduk masuk bola sepakan percuma pada minit ke-46 menewaskan Petr Cech untuk jaringan sagu hati tuan rumah yang disaksikan 24,657 penonton.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...