27 Ogos 2011

Norwich kekal satu misteri

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui beliau tidak banyak mengetahui tentang Norwich apabila kedua-dua pasukan turun pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, hari ini. Villas-Boas memulakan kariernya sebagai pembantu kepada Jose Mourinho di Porto, Chelsea dan Inter Milan sebelum dilantik sebagai pengurus di Chelsea.


Pengendali berusia 33 tahun dari Portugal itu dikenali kerana cemerlang mengintip kekuatan pasukan lawan yang menjadi faktor penting kepada percaturan Mourinho.Tetapi, selepas mengharungi dua perlawanan EPL sebagai pengurus baru Chelsea, Villas-Boas masih mencari keserasian di England dan mengakui tidak dapat menganalisa kemampuan pendatang baru, Norwich pada perlawanan ketiga.

“Saya tidak dapat mengetahui lebih lanjut mengenai Norwich pada musim lalu, tetapi apa yang saya tahu mereka melalui musim yang cemerlang,” kata Villas-Boas.

“Mereka menjaringkan beberapa gol menarik dan Paul Lambert berjaya membimbing pasukannya dengan cemerlang dengan menerapkan corak permainan menyerang yang menyaksikan Norwich menamatkan kempen dengan jumlah jaringan terbanyak.


“Saya hanya mampu menilai mereka pada tiga perlawanan pertama musim ini. Ada beberapa pertukaran yang Paul lakukan dalam perlawanan itu. Jadi, kami perlu mencari apakah strategi terbaru yang dilakukannya,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...