Nicolas Anelka menyangkal pernah membuat kenyataan kepada The Times selepas akhbar Britain itu melaporkan dia akan meninggalkan Chelsea.“Saya tidak ditemubual akhbar itu ataupun mendedahkan rancangan masa depan saya.“Kontrak bersama Chelsea berakhir hujung musim ini dan saya terikat hingga detik itu,” katanya.The Times, kelmarin melaporkan Anelka akan meninggalkan kelab itu selepas skuad diurus jurulatih dari Portugal, Andre Villas-Boas.
“Chelsea adalah terbaik buat saya dan berasa hebat setiap kali turun ke padang, apa lagi memenangi perlawanan bersama bintang seperti Didier Drogba, John Terry, Frank Lampard dan Florent Malouda.“Saya harap memenangi satu lagi gelaran liga musim ini bersama Chelsea tapi nampaknya ia mungkin agak samar pada masa ini,” kata Anelka.
Kontrak empat tahun penyerang Perancis itu akan tamat hujung musim ini dan kelab dari China, Shanghai Shenhua dilapor meninjau mendapatkan khidmatnya dengan menawarkan bayaran tinggi.
Kelab lain, antaranya AC Milan dan Anzhi Makhachkala yang mengikat Samuel Eto’o turut dilapor berminat mendapatkan Anelka.
Beberapa kelab Amerika Syarikat turut menyuarakan minat antaranya New York Red Bulls, Los Angeles Galaxy, Philadelphia Union dan Montreal Impact.
Bekas bintang Arsenal, Real Madrid, Liverpool, Manchester City dan Bolton itu bagaimanapun hanya beraksi tiga kali di Liga Perdana musim ini dan menjaringkan satu gol.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan