Andre Villas-Boas menafikan pandangan yang mengatakan tempatnya sebagai pengurus Chelsea terancam, sebaliknya menegaskan bahawa dia mendapat sokongan penuh daripada pemilik kelab, Roman Abramovich biarpun tewas 1-2 kepada Liverpool, kelmarin.Kelmarin juga adalah kekalahan kedua buat Chelsea di Stamford Bridge dalam Liga Perdana.
Chelsea kini di tangga keempat liga - kurang 12 mata di belakang pendahulu Manchester City, malah skuad bimbingan Villas-Boas juga perlu bekerja keras menghadapi pencabar mereka sekiranya mahu mendapatkan gelaran.Chelsea bermula dengan hambar pada kempen kali ini sehingga timbul persoalan berhubung tindakan Abramovich menggantikan Carlo Ancelotti dengan Villas-Boas, 33 tahun sebelum bermulanya musim ini.
Bagaimanapun, Villas-Boas berpendapat jutawan dari Russia itu komited terhadap dirinya sebagai pengurus untuk perancangan masa panjang bersama kelab tersebut."Saya rasa itu bukan persoalan buat pemilik yang penyabar."Kami telah merancang untuk mempertingkatkan sesuatu yang baru bersama Chelsea dan kelab ini juga komited terhadap perancangan masa depan itu."Komitmen kami bersama kelab ini sangat tinggi dan apa yang kami bakal lakukan adalah untuk masa depan kelab.
"Kami mempunyai cukup bakat untuk bersaing dalam semua perlawanan dan itu adalah perspektif yang kami gunakan setakat ini," kata Villas-Boas.Pada perlawanan kelmarin, Maxi Rodriguez memberikan gol pertama buat Liverpool sekali gus membolehkan skuad bimbingan Kenny Dalglish itu mendahului pada separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Chelsea berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui Daniel Sturrdge pada minit ke-55, namun impian pasukan tuan rumah untuk mendapatkan tiga mata penuh lebur apabila pemain pertahanan Liverpool, Glen Johnson meledak gol kemenangan buat pasukannya tiga minit sebelum masa tamat.
Pada aksi kelmarin, bahagian pertahanan Chelsea dilihat melakukan kesilapan namun Villas-Boas mempertahankan pemainnya David Luiz yang pernah digambarkan oleh bekas pemain pertahanan Manchester United dan England, Gary Neville sebagai watak dalam permainan video play station yang dikawal oleh budak 10 tahun.
"Gary adalah pemain pertahanan yang hebat dan saya tidak ada apa yang mahu diperkatakan berhubung pandangannya itu," kata Villas-Boas.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan