PASUKAN gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea terdesak untuk mengekalkan Ashley Cole di dalam kelab itu. Hal itu terjadi apabila Cole dikatakan menerima tawaran sejumlah 200,000 (RM974,000) seminggu daripada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.Sebelum ini, Anzhi yang dimiliki hartawan, Suleyman Kerimov sudah pun membuat tawaran kepada Samuel Eto’o sejumlah 350,000 (RM1.72 juta) seminggu.
Memandangkan kontrak Cole tamat penghujung musim depan Anzhi tidak melepaskan peluang itu untuk menjadikannya sebagai sasaran baru malah, pemain pertahanan England itu sudah pasti tertarik dengan tawaran tersebut ditambah dengan kontrak selama empat tahun.
Bukan itu sahaja malah, jurulatih Anzhi yang juga bekas pemain Brazil, Roberto Carlos mencadangkan agar Kerimov mengambil Nicolas Anelka, Arsenal’s Robin Van Persie dan Neymar untuk memperkuat pasukan.
“Jika Real, Barca atau Manchester United tidak mampu membayar perpindahan mereka kami mampu. Saya yakin Kerimov boleh menawarkan mereka tempat,” katanya.
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan