Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memuji aksi Petr Cech selepas penjaga gol Blues itu terpaksa berjuang mengharungi kesakitan untuk membantu kelab London itu meraih kemenangan 1-0 ke atas Blackburn.Cech difahamkan mengalami kecederaan patah tulang hidung selepas bertembung dengan penyerang Blackburn, Ayegbeni Yakubu pada babak awal di Ewood Park, namun dia terus beraksi untuk membantu Blues meraih tiga mata penuh.
Penjaga gol antarabangsa Czech itu sebelum ini memakai topi pelindung selepas mengalami kecederaan serius di kepala selepas bertembung dengan pemain Reading, Stephen Hunt pada 2006.Dan Villas-Boas berasakan Cech menunjukkan keberaniannya untuk beraksi di sebalik pernah dihantui kecederaan teruk di kepalanya.
“Saya rasa tulang hidungnya patah. Dia berada di dalam situasi yang cukup sukar tetapi sanggup mengharunginya,” katanya.“Cech tidak menunjukkan rasa sakit dan kami bertanya kepadanya jika dia mahu digantikan, tetapi dia mahu meneruskan permainan.
“Dia sememangnya pemain yang berani kerana sebelum ini pun pernah mengalami kecederaan teruk.” Ia adalah kemenangan pertama Chelsea selepas dihantui beberapa kekalahan pada saingan liga, tetapi Villas-Boas berkata, beliau tidak sedikit pun berasa gusar dengan aksi buruk anak buahnya sebelum ini.
Bagaimanapun, jurulatih dari Portugal itu mengakui beliau berasa lega dengan kemenangan itu.“Kami memerlukan motivasi tinggi sebelum cuti rehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa dan selepas itu akan bertemu Liverpool,” katanya. -[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan