JARINGAN di minit-minit akhir nyata menghancurkan hasrat pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas (AVB) untuk mengutip tiga mata berharga pada aksi Liga Juara-juara (UCL) menentang Valencia, awal pagi semalam. The Blues yang mendahului pada minit ke-55 hasil jaringan Frank Lampard, dengan dominasi perlawanan berpihak kepada pasukan itu sebelum sepakan penalty Roberto Soldado pada minit ke-85 memusnahkan segalanya.
Perlawanan tamat dengan keputusan seri, 1-1. “Sayang sekali, kerana kami sedang mendahului. Malah prestasi cemerlang pemain berada pada tahap terbaik terutama Lampard.
“Dengan cara kami bermain dan prestasi terbaik pemain, kami sepatutnya menang perlawnan ini. “Dia (Lampard) beraksi dengan baik sekali, begitu juga pemain yang lain. Namun mungkin nasib tidak menyebelahi kami pada perlawanan ini,” katanya.
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan