28 Oktober 2011

Villas-Boas tabik pemain

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas tabik dengan semangat juang para pemain selepas pasukan itu menewaskan Everton 2-1 pada aksi pusingan keempat Piala Liga awal pagi semalam.Ketika ini, skuad The Blues masih sukar untuk melupakan kekalahan 0-1 kepada Queen Park Ran- gers (QPR) pada Ahad lalu.

 
Selain insiden ketua pasukan, John Terry yang dilaporkan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahan, Anton Ferdinand, Villas-Boas turut menyerang pengadil, Chris Foy.Terry yang masih dalam siasatan Persatuan Bola Sepak (FA) England berhubung insiden tersebut, tidak disenaraikan skuad utama The Blues tetapi ketiadaannya langsung tidak memberi tekanan kepada Chelsea.

Pada pertemuan itu, penyerang Chelsea, Nicolas Anelka mensia-siakan peluang meletakkan Chelsea di depan selepas sepakan penalti yang diambilnya tersasar.Salamon Kalou menghukum kesilapan penjaga gawang Everton, Jan Mucha untuk memberikan gol pertama Chelsea.

Chelsea ditimpa malang apabila penjaga gol, Ross Turnbull diarah keluar padang dan sepakan penalti pemain pertahanan Everton, Leigh- ton Baines berjaya diselamatkan penjaga gol, Petr Cech.Namun, bekas penyerang Manchester United, Louis Saha berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan pada minit akhir perlawanan, sekali gus mengheret ke masa tambahan.

Skuad bimbingan Villas-Boas bernasib baik apabila penyerang muda, Daniel Sturridge melengkapkan kemenangan The Blues menerusi jaringan pada minit ke-116."Kami berjaya bermain dengan baik pada perlawanan yang sukar kerana Everton adalah salah satu pasukan yang kuat dalam kempen Liga Perdana England.

"Namun, anak-anak buah saya menunjukkan satu semangat juang yang tinggi untuk beraksi dengan mempamerkan komitmen yang agak memberangsangkan."Ia menunjukkan bahawa kami sedang menampilkan satu persembahan yang menarik kepada semua orang," kata Villas-Boas.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...