15 November 2011

England vs Sweden

Selepas membuktikan mereka memiliki ramuan pertahanan untuk mengekang asakan juara dunia, Sepanyol Sabtu lalu, kini penyokong England pastinya mahu pula melihat sejauh mana keupayaan sebenar Three Lions yanga akan melayan kunjungan Sweden di Wembley, hari ini.Fabio Capello yang masih berteka-teki mengenai kesebelasan utama pada Kejohanan Eropah 2012 sebelum ini telah menyatakan dia akan melakukan eksperimen dengan melakukan beberapa perubahan pada perlawanan bertemu Sweden.

Ketua pasukan, John Terry dan Gary Cahill akan digandingkan semula di pertahanan tengah sementara bek kanan muda, Kyle Walker yang meraih kap pertama sewaktu perlawanan Sepanyol, akan diberi kepercayaan turun dalam kesebelasan utama buat kali pertama.

Namun, yang lebih mencuri tumpuan ialah bagaimana percaturan Capello di bahagian serangan, dengan Daniel Sturridge dan Bobby Zamora disebut-sebut bakal beraksi.Capello terdesak mencari gandingan serangan alternatif berikutan penggantungan Rooney untuk tiga perlawanan pertama kumpulan Euro 2012, justeru aksi persahabatan minggu ini merupakan peluang terbaik dia berbuat demikian.
 
Darren Bent yang menanduk cantik untuk menewaskan penjaga gol Sepanyol, Pepe Reina tempoh hari, adalah antara mereka yang berada dalam perancangan Capello.Tatkala penyerang tinggi lampai, Peter Crouch semakin dilupakan, kematangan penyerang muda, Sturridge pula kian terserlah selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada awal musim di Chelsea.

Capello juga semakin mempercayai barisan muda seperti yang dilakukannya pada Sabtu lalu apabila dia mempertaruhkan pasangan Manchester United, Danny Welbeck dan Phil Jones serta pemain tengah Everton, Jack Rodwell."Mereka bermain tanpa ketakutan, dengan menunjukkan keperibadian masing-masing di atas padang. Saya boleh lihat mereka sudah cukup bagus untuk beraksi bersama senior," katanya. -[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...