Keputusan seri yang dicatat Manchester United dan Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris kelmarin membuka peluang buat Chelsea merapatkan kedudukan tahkta sekali gus merampas trofi kejuaraan musim ini. The Blues kini mengumpul 19 mata hanya dibezakan satu mata dengan United dan dua mata dengan pendahulu liga Manchester City.
“Ini peluang kami merapatkan kedudukan. Walupun United hilang satu mata dan The Reds kehilangan dua mata berharga, sekurang-kurangnya kemenangan kami mampu mengancam kedudukan dua pasukan teratas. Walaupun masih terlalu awal membuat tafsiran, tetapi menjadi tanggungjawab kami memastikan Chelsea berada pada tempat sepatutnya,” kata pengurusnya Andre Villa-Boas.
Chelsea yang sudah mencatat enam kemenangan daripada lapan pertemuan mengharapkan kejayaan berterusan agar cita-citanya untuk menakluki liga, bukan sekadar omongan kosong. Sementara itu, Ramires yang terpaksa dikeluarkan ketika aksi babak kedua perlawanan menentang Everton, awal pagi semalam akibat kecederaan lutut, tidak membimbangkan jurulatihnya.
“Kita akan lihat bagaimanapun status kecederaannya terlebih dahulu. Buat masa ini saya tidak pasti sama ada dia akan diturunkan menentang Genk, Rabu ini atau tidak. Tapi saya percaya ia bukan kecederaan serius,” katanya.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan