Pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel mengubah pendirian dan tidak akan membayar denda AS$5,000 (RM15,800) yang dikenakan terhadapnya kerana lewat melaporkan diri menyertai kem latihan Nigeria minggu ini.Terdahulu Mikel mengatakan dia sudah melupakan insiden itu dan fokus untuk perlawanan penting Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentang Guinea selain menganggap dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak akan membayar denda itu.
Pemain tengah itu sepatutnya menyertai skuad latihan 22 pemain pada malam Selasa sebaliknya tiba di hotel pasukan pada pagi Rabu.“Tidak, saya tidak akan membayar denda kerana tidak melakukan sebarang kesalahan. Saya sudah melaporkan diri di kem latihan dan mempunyai alasan kukuh,” kata bintang yang berpangkalan di England itu.
“Jika pengurus pasukan (Samson Siasia) memberitahu rakyat Nigeria alasan saya, semuanya pasti faham.” Mikel dipercayai berkunjung ke pusat bandar Jos untuk melawat bapanya yang sebelum ini dibebaskan polis selepas diculik
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan