Pemain sayap Perancis, Florent Malouda mempertimbangkan untuk meninggalkan Chelsea ekoran laporan Paris St. Germain merupakan destinasi pilihannya selepas khabar angin Carlo Ancelotti akan mengambil alih kelab pendahulu Ligue 1 itu.Malouda, yang lebih kerap menghuni bangku simpanan bersama Chelsea musim ini dan dengan kedudukannya dalam skuad Perancis ke Euro 2012 semakin terancam, menyebabkan pemain berusia 31 tahun itu terdesak untuk berpindah ketika musim perpindahan pemain Januari ini.
"Saya tidak dapat beraksi secukupnya.Ia terlalu terhad untuk cita-cita saya. Saya tidak gembira dengan keadaan itu. Jika perlu saya akan meninggalkan kelab ini," kata Malouda, yang menyertai Chelsea dari Olympique Lyon pada 2007, kepada media Perancis, kelmarin.
Berasal dari Paris, Malouda berminat untuk menyertai PSG dan bekas jurulatih Chelsea, Ancelotti, yang dilaporkan akan mengambil alih kelab itu, dengan Antoine Kombouare dijangka dipecat walaupun kelab itu menerajui liga.
PSG, yang juga dikatakan mahu membawa David Beckham ke Perancis bulan depan, mengeluarkan kenyataan pendek minggu lalu dengan hanya berkata mereka mengadakan perbincangan dengan Kombouare.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan