Andre Villas-Boas memberi bayangan akan menurunkan Fernando Torres apabila Chelsea memulakan kempen Liga Juara-Juara menentang Bayer Leverkusen di tempat sendiri, esok.Torres diketepikan di bangku simpanan ketika kelab London itu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini menerusi kemenangan 2-1 di Sunderland, kelmarin.
Penyerang antarabangsa Sepanyol itu hanya mampu melihat penggantinya, Daniel Sturridge, menjaringkan gol kedua pasukan, sebelum dibawa masuk pada minit terakhir dan gagal memberi impak.Bagaimanapun Villas-Boas menegaskan, Torres tetap sebahagian daripada perancangannya dengan Chelsea dan akan menyertai pengembaraan baru Eropah.
"Saya tidak fikir ia adalah tindakan berani (menggugurkan Torres). Keadaan sekarang, tiada kena mengena dengan itu."Kami memiliki empat penyerang yang hebat dan kesemua mereka bakal melengkapkan posisi depan. Mereka mampu mengancam dengan cara yang berbeza dan hari ini pilihan kami adalah (Nicolas) Anelka. Tiada yang istimewa mengenai perkara itu.
"Fernando menawarkan bakat yang sama dengan pemain lain. Dia bermain dengan cemerlang dalam tiga perlawanan terakhir."Namun, Nicolas membuktikan apa yang mampu ditawarkannya setiap kali berada di atas padang, malah kami memutuskan untuk menurunkannya kerana dia tidak terlibat dalam perlawanan antarabangsa (kelayakan Euro 2012),'' katanya.
Ditanya apa yang perlu dilakukan Torres untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama, Villas-Boas menegaskan: "Tiada apa yang istimewa. Semua orang bersaing untuk mendapat tempat."
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan