Nicolas Anelka mungkin menjadi pemain yang bakal meninggalkan Stamford Bridge sekali gus akan menjadi perpindahan percuma pada tahun depan.Anelka, 32, telah menunjukkan kesungguhannya sewaktu berada di bawah kendalian pengurus baru Blues, Andre Villas-Boas musim ini, namun tetap mahu meninggalkan kelab tersebut biarpun telah ditawar untuk melanjutkan kontrak.
"Dia mungkin menjadi pemain yang tidak akan dilanjutkan kontraknya. Nico (Anelka) adalah pemain yang sangat gembira di sini dan dia telah menjadi milik Chelsea melalui kontraknya tahun lepas."Kami telah berusaha menawarkan kontrak baru kepadanya, namun pemain itu mempunyai keputusannya tersendiri," kata Villas-Boas.
Ditanya adakah Anelka menunjukkan tanda-tanda mahu meninggalkan kelab tersebut, Villas-Boas menjawab: "Ya."Didier Drogba juga adalah antara pemain yang kontraknya bakal berakhir pada penghujung musim ini.
Penyerang Chelsea itu telah ditawarkan kontrak baru, namun sehingga kini masih belum memberikan maklum balas."Saya tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara ini kerana khuatir ia akan menjadi spekulasi," kata Villas-Boas.
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan