Didier Drogba dan rakan sepasukan dari Afrika melangkah ke musim baru Liga Perdana Inggeris dengan tekad untuk meyakinkan pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas mereka layak untuk menjadi sebahagian daripada masa depan kelab itu.Villas-Boas berjanji memberi peluang kepada semua pemain untuk cuba menarik perhatiannya setibanya di Stamford Bridge dan perkara itu menarik perhatian Drogba, Salomon Kalou, John Obi Mikel dan Michael Essien.
Meskipun jurulatih bangsa Portugis itu hanya berusia 33 tahun, sama usia dengan Drogba, peningkatan ketara dalam kariernya sebagai jurulatih antaranya disebabkan keyakinan terhadap diri sendiri dan tidak teragak -agak untuk mengetepikan pemain berpengalaman seperti penyerang dari Ivory Coast itu.Jika beliau mahu menggunakan formasi kegemarannya 4-3-3, hanya seorang penyerang yang akan menerajui bahagian serangan sama ada Drogba atau penyerang yang bernilai 50 juta (RM247.6 juta) Fernando Torres.
Penyerang Ivory Coast itu optimis mampu memenangi perebutan tempat dan kemudian meyakinkan Villas-Boas untuk menyambung kontrak yang tamat Jun ini.“Ia adalah pilihan pengurus tapi memang sebegini buat saya sepanjang saya berada di sini,” kata Drogba.
Perkara sama berlaku ketika Eidur Gudjohnsen dan Andrei Shevchenko berada di sini dan ia bukan perkara baru namun sesuatu yang bagus untuk pasukan ini kerana mempunyai persaingan. “Saya berusia 33, pemain paling tua dan saya berasa aneh tapi tidak bimbang. Jika saya layak beraksi, saya akan bermain.“Saya pernah berkata beberapa tahun lalu saya akan berada di sini hingga kontrak tamat dan saya masih di sini. Saya mahu menamatkan karier saya di Chelsea.”[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan