Pengurus Chelsea, Andre Villa-Boas menganggap tidak ada apa yang istimewa terhadap skuad kendaliannya itu meskipun kini hanya dipisahkan satu mata dengan juara bertahan,Manchester United.Awal pagi semalam, skuad The Blues mengekalkan kedudukan mereka di tangga ketiga carta Liga Perdana England selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Everton di Stamford Bridge.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan anak-anak buah Villa-Boas kini mengumpul 19 mata, satu mata di belakang United yang menduduki tangga kedua.United yang sebelum itu merupakan pendahulu liga terpaksa akur dengan kehebatan Manchester City yang berjaya memintas kedudukan tersebut apabila menewaskan Aston Villa 4-1 kelmarin sekaligus mengumpul 22 mata.
Skuad The Red Devils pula sekadar seri 1-1 dengan musuh tradisi mereka,Liverpool,kelmarin. Sebagai rekod,di bawah kendalian Villa-Boas sejak awal saingan musim ini, skuad The Blues hanya tewas sekali dan telah mencatatkan enam kemenangan setakat ini di Stamford Bridge. "Di tempat lawan kami hanya tewas di tangan United dan berjaya mengutip mata berharga ketika berdepan Stoke City. Namun, kami tidak melakukan apa-apa yang istimewa melainkan melaksanakan tugas kami.
"Kami akan terus mengekalkan rentak kecemerlangan ini sehinggalah kami berjaya berada pada kedudukan teratas liga kerana memang itu pun matlamat utama kami," kata Villa-Boas.Pada aksi awal pagi semalam, tiga gol Chelsea diperoleh menerusi Daniel Sturridge pada minit ke-31, John Terry (45) dan Ramires (61).[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan