Torres pastinya tidak mahu mengenang kegagalannya menjaringkan gol di depan gawang yang terbuka ketika pasukannya tewas 1-3 di Old Trafford.Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas tidak menyenaraikan Torres ketika menewaskan Fulham melalui sepakan penalti pada saingan Piala Liga.
Frank Lampard yang diturunkan pada perlawanan itu selepas digantikan pada separuh masa kedua di Old Trafford, adalah satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti. Pemain tengah England itu pernah menjadi pemain Swansea pada awal kariernya apabila dipinjamkan ke kelab itu pada musim 1995-96 ketika bersama West Ham.
Lampard, 33, menganggap pertembungan menentang Swansea yang turut dibimbing bekas jurulatih pasukan simpanan Chelsea, Brendan Rodgers, satu pengalaman luar biasa.
“Pertemuan menentang Swansea pengalaman menarik untuk saya. Swansea sentiasa dekat di hati saya. Saya selalu mengikuti perkembangan mereka kerana pernah bersama mereka,” katanya.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan