Fernando Torres disoal siasat oleh Chelsea berhubung satu temuramah yang mana dia dikatakan mengkritik rakan sepasukannya.Torres bercakap kepada laman web rasmi Liga Primera Sepanyol minggu lalu dengan terjemahan Inggeris kemudiannya muncul dalam laman web peribadi penyerang itu.Torrres yang mengalami ketandusan gol sejak perpindahan 50 juta (RM241.3 juta) dari Liverpool dilaporkan berkata pemain ‘tua’ Chelsea “sangat perlahan” dan memuji rakan sepasukan baru, Juan Mata sebagai pemain yang wajar dibeli.Pengurus Andre Villas-Boas mahukan penjelasan Torres yang mendakwa ia tidak diterjemah dengan tepat dalam laman web miliknya.
Chelsea kini berusaha mendapatkan salinan asal temuramah itu dan Villas-Boas mendedahkan beliau akan memberi amaran kepada Torres supaya tidak bercakap sesuka hati mengenai masa depan kelab jika terjemahan itu terbukti tepat.Beliau berkata: “Kami berusaha untuk mendapatkan rakaman temuramah itu. Kami akan melihat sama ada ia adalah sama dengan apa yang diperkatakan dalam temuramah itu.” Sesi temuramah itu dibenarkan Chelsea, jika sebaliknya Torres mungkin sudah berdepan hukuman.
Ditanya tindakan yang mungkin diambil jika terjemahan itu terbukti tepat, bos Blues itu berkata: “Kami hanya bercakap untuk berkongsi pandangan. Jika ia tanpa kebenaran, saya akan menghukumnya. Sudah tentu.” Villas-Boas berkata: “Bagaimanapun ia adalah pandangan seorang pemain. Saya tidak fikir ia adalah pandangan yang dikongsi bersama pengurus. Kadangkala saya tidak perlu berkongsi idea dengan pemain.
“Saya fikir kami mempunyai kecekapan selain “masalah umur” yang mana bagi saya ia bukanlah satu masalah.
“Mungkin kami cuma perlu bercakap mengenai situasi itu dan dia juga perlu mendapatkan pandangan kami.”
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan