Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas lega apabila jentera serangan Blues kembali menemui sentuhan, sesuatu yang amat diperlukan bagi menjuarai Liga Perdana selepas membelasah Bolton 5-1 kelmarin.Frank Lampard menjaringkan hatrik pada penampilan ke-350 bersama Blues, sementara Daniel Sturridge meledak dua lagi gol.
Bolton mendapat gol sagu hati menerusi Dedryck Boyata pada awal babak kedua.Ketika ini Blues pada tangga ketiga liga, tiga mata di belakang Manchester United dan Villas-Boas gembira kerana Chelsea akhirnya menang dengan jaringan yang besar.
"Kami telah lama menanti kejayaan seperti ini. Keputusan ini memang wajar kerana kami lebih prolifik di hadapan gol"Kemenangan ini untuk kakitangan teknikal dan pemain. Kami layak meraih kemenangan ini walaupun mungkin dalam beberapa perlawanan sebelum ini kami boleh menang dengan jaringan yang besar.
"Hari ini kami lebih prolifik di hadapan pintu gol," kata Villas-Boas.
Lampard menyerlah di kalangan pemain, biarpun berdepan situasi tidak menentu mengenai masa depannya di bawah kendalian pengurus Chelsea yang baru.Apa sahaja spekulasi mengenai pemain berusia 33 tahun itu, dia membuktikan di Stadium Reebok bahawa dia belum kehilangan sentuhan walaupun kian dimamah usia."Itu merupakan petanda baik kerana dia menunjukkan persembahan terbaik di kalangan rakan sepasukan," tambah Villas-Boas.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan