Jurulatih Portugal itu diharap mampu meraih kejayaan selepas pengurus terdahulu, Carlo Ancelotti gagal membawa kejayaan ke Stamford Bridge musim lalu.Ancelotti dipecat setahun selepas membantu kelab itu menjulang gelaran berganda iaitu Liga Perdana Inggeris dan Piala FA yang kini menjadi peringatan buat Villas-Boas, jurulatih ketujuh Chelsea dalam tempoh tujuh tahun yang menunjukkan kelab itu tidak menerima pencapaian sederhana.
Tugas yang diletakkan di bahunya adalah merapatkan jurang dengan Manchester United dalam Liga Perdana dan kunjungan ke Stoke itu bukan lagi satu medan percubaan bagi pengurus yang baru mencari tapak dalam divisyen itu.
Villas-Boas pernah bekerja di Chelsea ketika bersama pengurus terdahulu, Jose Mourinho dan tidak terlepas daripada perbandingan dengan Mourinho meskipun menafikannya. Bagaimanapun dia perlu meraih kejayaan seperti yang dinikmati The Special One' jika mahu terus berada di kelab itu pada masa depan.
“Kami akan lakukan apa yang terdaya untuk memenangi gelaran itu kembali,” kata Villas-Boas.
“Kami mengharungi kempen pra musim yang baik dan semua orang teruja untuk kembali dalam perlawanan kompetitif. Cabaran pertama ini cukup penting.” Fernando Torres kembali cergas selepas mengalami kecederaan tetapi pertahanan, David Luiz terpaksa diketepikan.
Penyerang Stoke, Jon Walters memberi amaran kepada Chelsea supaya sedia berdepan satu lagi perlawanan mencabar di Stadium Britannia dan menegaskan bahawa semua tekanan tertumpu kepada pengurus baru, Villas-Boas .
“Tekanan kini terletak di bahu mereka. Mereka cuba merampas gelaran liga daripada Manchester United serta membawa masuk pengurus baru dan dengan pemain yang dimiliki, mereka sepatutnya berada di atas.“Kami memberikan cabaran hebat ketika kali terakhir mereka bermain di sini dan kami berhasrat mengulanginya,” katanya.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan