Chelsea terpaksa menelan kekecewaan apabila seri 1-1 dengan Genk dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam ketika musim bergelora Blues ditimpa satu lagi tamparan.Skuad kendalian Andre Villas-Boas terdesak untuk melakar kemenangan di Arena Cristal bagi mengurangkan kekecewaan minggu ini yang bermula dengan kekalahan mengejut kepada QPR, menyaksikan John Terry didakwa melemparkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan Hoops, Anton Ferdinand diikuti kekalahan mengejut 3-5 di laman sendiri kepada Arsenal.
Blues berada di landasan tepat untuk mencatat kemenangan apabila Ramires merembat masuk gol pendahuluan pada babak pertama namun David Luiz terlepas sepakan penalti sebelum tamat babak pertama dan Jelle Vossen membalasnya dengan jaringan penyamaan pada babak kedua.
Chelsea mensia-siakan beberapa peluang untuk meraih kemenangan dan walaupun masih mendahului Kumpulan E dengan kelebihan dua mata di depan Bayer Leverkusen, mereka memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi kemenangan daripada baki dua perlawanan untuk mara ke pusingan kedua.
“Babak pertama amat bagus dan kami mendapat gol yang diingini namun permainan kami merosot di babak kedua dan kami sepatutnya lebih banyak mengawal permainan,” kata Villas-Boas.“Kami masih berpeluang menjadikan kedudukan 2-1 namun ia tidak berlaku. Kami perlu menggunakan setiap peluang yang dicipta.
“Kami meraih satu mata namun ia adalah perlawanan yang kami mahu menangi. Keputusan seri ok namun kami patutnya melakukannya dengan lebih baik.” Villas-Boas membuat keputusan untuk tidak menurunkan Terry selepas persembahan kurang mantap dipamerkan ketika menentang Arsenal dan kapten England itu berada di bangku pemain simpanan bersama Frank Lampard dan Juan Mata.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan