4 Oktober 2011

Hatrik Lampard tepis kritikan

Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menepis kritikan banyak pihak yang mempersoalkan mengenai masa depannya di kelab itu dengan mencipta hatrik ketika bertemu Bolton Wanderers, kelmarin.Pemain berusia 33 tahun itu mendapat liputan meluas media British serta pengulas sukan yang mempersoalkan mungkinkah zaman kegemilangan pemain antarabangsa England itu sudah berakhir selepas dia dilihat bergelut untuk meraih tempat di kelab itu serta pasukan kebangsaan.



Lampard pantas menafikan segala keraguan itu di Stadium Reebok apabila menjadi perancang utama untuk gol minit kedua oleh Daniel Sturridge sebelum meledakkan tiga gol untuk membantu kelab London itu melakar kemenangan besar 5-1 ke atas pasukan pelawat.

“Hanya satu cara untuk menjawab kritikan ini. Saya sudah lama beraksi, jadi tidak semestinya perjalanan karier saya sentiasa cemerlang. Apa yang penting adalah anda perlu tabah dan biarlah aksi cemerlang anda di atas padang menjawab segala kritikan,” katanya.

“Jika anda melakukan perkara itu serta bekerja keras, kejayaan pasti memihak kepada anda dan hari ini, ia memihak kepada saya.” Dia juga pasti berharap aksi cemerlangnya itu cukup untuk meyakinkan serta mendapat perhatian pengurus England, Fabio Capello menjelang perlawanan kelayakan Euro 2012 menentang Montenegro, awal pagi Sabtu ini.Lampard diketepikan dalam kesebelasan utama England bulan lalu ketika perlawanan kelayakan bertemu Bulgaria, kali pertama dia diketepikan sejak 2007.


Dia turut dilihat hanya memanaskan bangku simpanan minggu lalu pada saingan liga bertemu Swansea City tetapi pengurus, Andre Villas-Boas menafikan beliau meragui keupayaan Lampard yang turut menjaringkan gol ketika seri 1-1 di Valencia pada saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...