15 September 2011

Anda dimaafkan, Torres: Villas-Boas

Pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas berkata keraguan terhadap Fernando Torres dianggap tamat selepas penyerang Sepanyol itu membantu mencipta dua gol ketika pasukannya menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 dalam aksi Kumpulan E Liga Juara-Juara kelmarin.Torres sebelum ini mencetus kontroversi selepas mengkritik rakan sepasukan dengan mengatakan mereka “tua dan lembap”, membuatkan Villas-Boas bengang dan mahu mengambil tindakan ke atas penyerang yang masih kemarau gol itu.


Tetapi selepas menyaksikan Torres menjadi arkitek kepada kedua-dua gol David Luiz dan Juan Mata, Villas-Boas berkata kes ke atas bekas penyerang Liverpool itu dianggap selesai dan tindakan disiplin tidak akan diambil. “Ia sudah selesai. Siasatan sudah tamat. Kami sudah berbincang dan situasi ini dianggap selesai,” kata Villas-Boas tanpa mahu mengulas lebih lanjut.

Walaupun Torres terbabit dengan dua gol berkenaan, penyerang berharga 50 juta pound (RM242.7 juta) masih belum mampu menampilkan persembahan meyakinkan ketika Chelsea merakam kemenangan pertama dalam kempen memburu kejuaraan Eropah musim ini. Torres kelihatan teragak-agak, mengawal bola terlalu lama sebelum melepaskan rembatan ke arah gol, paling jelas ketika percubaan minit ke-10 di mana tendangannya sempat dihalang Bernd Leno.

Villas-Boas turut mempertahankan keputusannya tidak memasukkan John Terry dan Frank Lampard dalam kesebelasan utamanya, percaturan yang mengambil kira perlawanan kunjungan penting Liga Perdana Inggeris ke Old Trafford Ahad ini bertemu Manchester United.[sumber]

1 Pengulas Sukan:

syuxer berkata...

x jaring gol takpe asalkan assist..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...