Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (gambar) tetap yakin pasukannya mampu menjadi pencabar utama merebut kejuaraan Liga Perdana England musim ini.Pada aksi pembukaan liga malam kelmarin, skuad The Blues bermula hambar apabila sekadar seri 0-0 dengan Stoke City.
Buat pertama kali sepanjang 12 musim lalu, Chelsea gagal meraih kemenangan pada aksi sulung sambil Stoke ternyata liat untuk dijinakkan di gelanggang keramat mereka, Stadium Britannia.Penjaga gol Stoke, Asmir Begovic menafikan jaringan buat pasukan pelawat dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya sambil Chelsea mendakwa mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-55 setelah Frank Lampard dijatuh- kan Marc Wilson.
Seri adalah keputusan terbaik buat kedua-dua pasukan, tetapi Villas-Boas yakin persembahan Chelsea pada babak kedua menampakkan bahawa mereka masih mampu mencabar juara bertahan, Manchester United.
"Musim lalu kami di tangga kedua. Jadi musim ini kami mahu berada di tangga teratas. Kami mungkin akan menandatangani pemain baharu dan mungkin juga tidak.
"Masih terdapat masa untuk membuat keputusan dan pasaran jual beli pemain tampak kembali hangat sejak beberapa minggu lalu. Ia sesuatu yang normal."Tetapi kejuaraan liga merupakan keutamaan kami. Sudah tentu saya akan lebih gembira jika menang perlawanan pertama ini. Bagi saya, ia aksi tempat lawan paling sukar.
"Apa pun satu mata di Stoke ini bukanlah sesuatu yang teruk. Ia mungkin bukan permulaan hebat tetapi kami tetap gembira kerana dapat meningkatkan permainan pada babak kedua.
"Kami akan cuba teruskan peningkatan apabila berdepan West Bromwich dan Norwich City selepas ini," kata Villas-Boas.Gaya permainan keras Stoke telah banyak mendapat rungutan pengurus kelab-kelab Liga Perdana England dan Villas-Boas muncul individu terbaru yang menyifatkan ia taktik yang cukup agresif.
"Mereka melakukan tolakan dan kekasaran. Ia sesuatu yang sukar. Pengadil perlu fokus melihat setiap pergerakan bola dan berhati-hati dengan beberapa situasi," jelasnya.[sumber]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan