14 Mei 2012

Chelsea wajib menang Liga Juara-Juara - Juan Mata

Kegagalan Chelsea menamatkan saingan di tangga empat teratas Liga Perdana Inggeris menyebabkan mereka lebih terdesak untuk memenangi Liga Juara-Juara, menurut Juan Mata.


Peluang untuk dinobat selaku Raja Eropah buat kali pertama dilihat menjadi motivasi yang mencukupi buat Blues menewaskan Bayern Munich, awal pagi Ahad ini di Allianz Arena.

Namun pemain perancang itu berkata, prospek gagal layak ke pertandingan itu musim depan menyebabkan dia dan rakan sepasukan menggandakan usaha untuk mengejutkan kelab gergasi Jerman itu.

“Kami mahu menang buat kelab dan untuk kami, kerana kami boleh melakar sejarah untuk Chelsea,” katanya bercakap di pelancaran rasmi kerjasama Chelsea bersama pasukan Formula Satu Sauber.

“Namun adalah penting untuk beraksi di Liga Juara-Juara tahun depan.

“Chelsea sentiasa mahu berada dalam Liga Juara-Juara.” Blues tidak pernah tersisih daripada pertandingan itu sejak Roman Abramovich membeli kelab itu sembilan tahun lalu.

Namun mereka menanggung akibatnya selepas musim yang bergolak hingga pengurusnya, Andre Villas-Boas dipecat kira-kira 10 minggu lalu.

“Ia bukan musim yang mudah kepada kami dalam Liga Perdana,” kata Mata.“Kami berada di tempat keenam, ia bukannya kedudukan sepatutnya buat Chelsea.

“Namun kami memenangi Piala FA, kami kini turut mempunyai peluang untuk memenangi Liga Juara-Juara.

“Jadi jika kami memenangi kedua-duanya, ia adalah musim yang menakjubkan buat kami.”[sumber]

1 Pengulas Sukan:

alyrds berkata...

betul tu.. ni jer harapan untuk ke CL tahun depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...