Fernando Torres kini bersedia memenuhi impiannya bersama Chelsea  selepas mengakui pernah putus harapan pada awal kariernya di Stamford  Bridge.
Ketiadaan Didier Drogba musim depan memberi peluang terbaik buat Torres menjamin tempatnya sebagai penyerang utama The Blues setelah bergelut dengan prestasi hambar sejak meninggalkan Liverpool pada awal tahun lalu.
Torres dilihat masih belum lagi menemui sentuhan berbisanya seperti  mana yang ditunjukkan bersama Liverpool dan setakat ini, dia hanya  menyumbang 12 gol buat Chelsea.
Begitupun, penyerang antarabangsa Sepanyol itu yakin akan menemui  semula rentaknya, sambil menafikan laporan bahawa dia tidak gembira  berada di London.
"Saya sangat gembira dan tidak pernah beritahu yang saya kecewa," kata Torres."Saya masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan bersama kelab ini  (Chelsea). Ia memang musim yang sukar kerana saya jarang beraksi  sehingga menyebabkan fikiran saya tidak menentu.
"Saya perlu diberi lebih banyak peluang bermain. Saya akui berasa  sedih kerana jarang diturunkan tetapi saya tidak akan berputus asa  begitu sahaja." 
Musim ini, Torres beraksi dalam 24 perlawanan tanpa menjaringkan  sebarang gol sebelum dia mengakhiri kemarau jaringan selama lima bulan  apabila menyumbat dua gol ketika membantu Chelsea membenam Leiscester  pada aksi suku akhir Piala FA.
Bagi Torres yang sering berjaya merobek gawang lawan, baik ketika  menyarung jersi Liverpool mahupun Atletico Madrid, dia menganggap  kegagalan menjaringkan gol sebagai satu masalah psikologi.
"Saya sentiasa melihat semula rakaman aksi saya ketika bersama Atletico dan Liverpool."Dengan cara itu sahaja ia banyak membantu saya untuk kembali menemui sentuhan gol.
"Saya mahu berterima kasih kepada Steve Holland (penolong jurulatih Chelsea) kerana banyak membantu saya," jelasnya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan