Gianfranco Zola menyarankan kepada Chelsea untuk melantik Roberto Di  Matteo mengalas tugas sebagai pengurus tetap selepas bekas rakan  pasukannya itu berjaya membimbing Blues menjulang mahkota Liga  Juara-Juara buat kali pertama.
Bekas penyerang Chelsea, Zola berkata Di Matteo yang dilantik  sebagai pengurus sementara Mac lalu, layak untuk terus memegang jawatan  itu berdasarkan kemenangan penuh dramatik skuad dari London menewaskan  Bayern Munich di Allianz Arena.
“Saya harap Roberto akan menjadi pengurus tahun depan kerana beliau sememangnya layak. Biar apapun yang beliau lakukan, beliau seorang legenda Chelsea, tidak hanya sebagai pemain malah sebagai pengurus dan itu satu pencapaian yang membanggakan.
”   Di Matteo menolak untuk mengulas mengenai masa depannya  di Stamford Bridge dengan pemimpin tertinggi kelab berkata, tiada  sebarang perbincangan dibuat sehingga musim tamat.
Bekas jurulatih Chelsea, Avram Grant turut yakin Di Matteo perlu  terus dikekalkan. Grant yang mengemudi Chelsea mara ke final 2008 di  Moscow berkata,  Di Matteo adalah satu pilihan yang logik untuk  mengendalikan kelab itu.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan