Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo menanti 
dengan penuh debar mengenai nasib pemain tengah Brazil, Oscar selepas 
pemain itu mempamerkan persembahan hebat membantu juara bertahan itu 
seri 2-2 dengan Juventus pada perlawanan pembukaan Kumpulan E Liga 
Juara-Juara, semalam.
Oscar membuka tirai jaringan pada minit ke-31, disusuli jaringan 
kedua dua minit kemudian menerusi rembatan jarak jauh yang menakjubkan.
Namun dua gol pendahuluan itu tidak memberikan sebarang makna apabila pasukan pelawat bangkit menyamakan kedudukan.
Bertambah malang, pemain berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan 
pada pertengahan perlawanan ekoran dikasari pada bahagian buku lali oleh
 Arturo Vidal.
Di Matteo ternyata terlalu kecewa dengan terjahan oleh pemain 
Juventus itu dan mahu Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengkaji 
kembali insiden berkenaan sambil belum pasti sama ada Oscar dapat 
bermain pada Sabtu ini bertemu Stoke City.
"Terjahan ke atas Oscar amat kasar dan memaksa dia dikeluarkan. Kami 
terpaksa memeriksa keadaan Oscar terlebih dahulu tetapi saya rasa ada 
keretakan pada buku lalinya.
"Pengadil tidak memberikan sebarang tindakan terhadap insiden dan 
saya mahu UEFA melihat kembali tetapi kami perlu sentiasa positif 
selepas ini, " katanya.
Walaupun Di Matteo turut kecewa dengan kebangkitan semula Juventus 
memadamkan kelebihan dua gol menerusi Oscar hasil gol Vidal dan pemain 
gantian, Fabio Quagliarella, dia kagum dengan permainan Oscar.
Gol pertama Oscar bermula daripada bola yang mengenai pertahanan 
Juventus, Leonardo Bonucci dan jaringan kedua peribadinya cukup menarik 
selepas memperdayakan dua pertahanan lawan dengan melakukan rembatan 
lencong dari jarak 25 meter.
"Ia persembahan pertama yang hebat daripada Oscar. Kami memikirkan 
ini ialah perlawanan terbaik untuk dia bermula dengan Chelsea.
"Dia berjaya melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan menjaringkan dua gol, jaringan keduanya memang menakjubkan.
"Dia bersama dengan pasukan kebangsaan sebelum ini dan kami masih 
memerlukan untuk memastikan dia dapat serasi dengan pasukan ini. Dia 
mempunyai bakat yang besar dan sudah mampu berada dalam pasukan 
kesebelasan utama Brazil, kami jelas bertuah memilikinya," kata Di 
Matteo.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan