21 Mei 2013

Benitez tinggalkan skuad mantap

Rafael Benitez menegaskan, dia meninggalkan Chelsea sebagai sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan selepas mengakhiri khidmatnya selama enam bulan dengan kemenangan 2-1 ke atas Everton semalam dan memastikan tempat ketiga liga.

16 Mei 2013

Chelsea julang Piala Liga Europa

Gol masa kecederaan Branislav Ivanovic membantu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea menjuarai kejohanan Liga Europa selepas menundukkan Benfica 2-1 pada perlawanan akhir, awal pagi tadi.

11 Mei 2013

Aston villa 1 Chelsea 2 Highlight



Terry, Lampard bakal digugurkan?

John Terry dan Frank Lampard mungkin berdepan detik paling mengecewakan di Chelsea apabila bersedia untuk diketepikan daripada perlawanan akhir Liga Europa, minggu depan. 

8 Mei 2013

Pertemuan Spurs-Chelsea jadi tumpuan


Aksi menentang Tottenham Hotspur hari ini pastinya akan menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak dunia dan ia dilihat lebih besar buat Chelsea berbanding aksi final Liga Europa menentang Benfica, minggu depan.

7 Mei 2013

Benitez: Kalahkan Spurs

Benitez menggesa supaya anak buahnya menewaskan Tottenham Hotspur pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi Khamis ini.

3 Mei 2013

Liga Europa : Chelsea 3 Basel 1

Chelsea menempah perlawanan akhir menentang kelab Portugal Benfica di Amsterdam akhir bulan ini selepas membenam FC Basel 3-1 untuk mencatat agregat 5-2 pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa awal pagi tadi.

1 Mei 2013

Mourinho hampir pasti kembali semula ke chelsea

Jose Mourinho terus memberi bayangan akan meninggalkan Real Madrid pada akhir musim ini untuk kembali ke England.

Benitez Fokus Basel sebelum United

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez menuntut anak-anak buahnya supaya lebih fokus ketika berdepan kelab Switzerland, FC Basel dalam aksi separuh akhir kedua Liga Europa di Stamford Bridge awal pagi Jumaat ini.

28 April 2013

Terry tetap setia bersama Chelsea

John Terry berjanji kepada peminat Chelsea dia tidak akan menyertai kelab lain di England.Kapten Blues itu menegaskan dia sudah pasti di Stamford Bridge musim depan, biarpun itu bermakna dia akan berada di bangku simpanan selama setahun.

26 April 2013

Mourinho, Falcao kembali sertai Chelsea

Jose Mourinho berhasrat untuk membawa masuk bintang Atletico Madrid, Radamel Falcao yang bernilai 53 juta pound (RM246 juta) bersamanya ke Chelsea pada musim panas ini.

25 April 2013

Suarez digantung 10 perlawanan


Penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung 10 perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris atas kesalahan melakukan keganasan dengan menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

23 April 2013

Suarez arnab yang memalukan!

Baik dan buruk semuanya ada pada Luis Suarez, dan diperlihatkannya kelmarin apabila menggigit lengan tonggak pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic sebelum meledak gol penyamaan pasukannya ketika seri 2-2 pada perlawanan itu.

21 April 2013

Benitez, Terry OK

Satu lagi perkhabaran kurang enak kedengaran dalam kem Chelsea. Ia melibatkan hubungan pengurus, Rafael Benitez dan John Terry yang dikatakan semakin renggang.

20 April 2013

Luiz kapten masa depan Chelsea

Kapten Chelsea, John Terry percaya David Luiz memiliki ciri-ciri kepimpinan diperlukan untuk menjadi ketua pasukan pada masa akan datang.

Chelsea perlu kalahkan Liverpool untuk kekal tiga teratas

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez (gambar) akan membuat kunjungan penuh sentimental di Anfield apabila berdepan dengan bekas kelab bimbingannya Liverpool pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, esok.

Terry kecam Benitez

 Kapten Chelsea John Terry tidak puas hati selepas Rafa Benitez mendakwa dia tidak cergas.Pengurus sementara Chelsea itu mendakwa Terry jarang diturunkan kerana kerap tidak turun latihan.

19 April 2013

Belum ada jaminan buat Terry - Benitez

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez memberitahu kapten Blues, John Terry bahawa tiada jaminan dia akan berada dalam kesebelasan utama apabila menentang Liverpool, walaupun menjaringkan dua gol ketika menewaskan Fulham 3-0 di Craven Cottage, semalam. 

18 April 2013

16 April 2013

Aguero perlu meminta maaf - Luiz

Sergio Aguero hanya menunggu nasibnya, sama ada akan digantung atau tidak, gara-gara memijak pertahanan Chelsea, David Luiz dengan kedua-dua belah kaki ketika membantu Manchester City menang 2-1 pada separuh akhir Piala FA kelmarin. 

Benitez salahkan pengadil

Rafael Benitez menegaskan, kegagalan pengadil membuat dua keputusan yang tepat menjadi punca kekalahan 1-2 Chelsea kepada Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley kelmarin.

14 April 2013

Misi balas dendam

CHELSEA bertekad untuk tidak mengulangi kekalahan kepada Manchester City menjelang pertembungan separuh akhir Piala FA di Wembley, malam ini.

Chelsea sedia sambut Mourinho

 JOSE Mourinho hampir pasti kembali ke Chelsea selepas kelab itu mengalu-alukan kedatangannya ke Stamford Bridge.

Chelsea tidak mahu ambil risiko

Chelsea masih belum memutuskan sama ada bersedia menurunkan Demba Ba pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City di Stamford Bridge, Ahad ini.

12 April 2013

Chelsea melangkah ke separuh akhir Liga Europa


Chelsea melangkah ke separuh akhir Liga Europa meskipun tumpas 2-3 di Rubin Kazan, pagi ini setelah layak menerusi kiraan agregat 5-4 di Stadium Luzhniki, Moscow.

8 April 2013

Tiga syarat Mourinho bimbing The Blues

Media Inggeris melaporkan, Jose Mourinho meletakkan beberapa syarat sebelum mahu kembali membimbing kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

7 April 2013

Torres tetap setia bersama Chelsea

Fernando Torres, semalam berikrar bahawa dia akan terus setia bersama Chelsea sekurang-kurangnya sehingga 2016.

2 April 2013

FA Cup : Chelsea 1 Man.utd 0

Juara bertahan, Chelsea menyekat impian Manchester United untuk mencari kejuaraan berganda musim ini apabila meraih kemenangan tipis 1-0 di Stamford Bridge pada saingan suku akhir ulangan Piala FA.

1 April 2013

Dua misi berbeza Benitez malam ini

Selain menempah slot ke separuh akhir Piala FA, pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez bertekad untuk menamatkan 'permusuhan' bersama pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

30 Mac 2013

Chelsea kejar tempat kedua

Rafael Benitez menegaskan, Chelsea masih boleh meraih kedudukan kedua dalam Liga Perdana Inggeris menjelang kunjungan mereka ke Southampton, hari ini yang menandakan permulaan perjuangan The Blues.

25 Mac 2013

The Special One kembali ke Chelsea?

Spekulasi bahawa Jose Mourinho bakal kembali ke Chelsea semakin meningkat selepas jurulatih kelahiran Portugal itu memberi isyarat, seandainya memilih untuk meninggalkan Real Madrid dia mungkin akan pergi ke destinasi yang pernah dinaungi sebelum ini. 

20 Mac 2013

Arsenal nak sambar Cech?

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech menjadi salah seorang pemain yang menjadi antara pilihan utama Arsenal untuk menggantikan Wojciech Szczesny musim depan mengikut laporan akhbar harian England, Daily Mail.

Lampard tak boleh tidur kenang gol ke-200

Frank Lampard memberitahu jaringannya ketika bertemu kelab lamanya, West Ham di Stamford Bridge, kelmarin adalah pencapaian terbaik sejak mewakili pasukan Chelsea pada 2001.Mana tidaknya, pemain tengah berusia 34 tahun itu berjaya meledak jaringan ke-200 untuk The Blues.

18 Mac 2013

Keutamaan saya untuk kelab' - Terry

John Terry memberitahu, keutamaan beliau adalah kepada pemilik kelab, Roman Abramovich.Jelas pemain tengah Chelsea itu, pengurus datang dan pergi bagai debu dibawa angin lalu.

Chelsea 2 West Ham United Highlights

Frank Lampard menjaringkan gol ke-200 bersama Chelsea dan membantu kelab "Blue" melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 ke atas West Ham di Stamford Bridge semalam. 

17 Mac 2013

Hazard yakin Blues cemerlang

Eden Hazard mengaku Chelsea tidak boleh melakukan kesilapan demi terus mengekalkan misi layak ke Liga Juara-Juara.

Benitez pening kepala fikir jadual perlawanan

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez menghadapi tekanan selepas pasukannya diundi bertemu Rubin Kazan pada aksi suku akhir Liga Europa bulan depan.

15 Mac 2013

Chelsea 3 Steaua Bucuresti 1 Highlights

Chelsea menampilkan kebangkitan untuk menewaskan Steaua Bucharest 3-1 pada aksi kedua kalah mati Liga Europa di Stamford Bridge awal pagi semalam. 

13 Mac 2013

Benitez inspirasi kami: Mikel

Rafa Benitez melalui detik yang sukar sejak mengambil alih jawatan pengurus sementara Chelsea dari Roberto Di Matteo beberapa bulan lalu.

11 Mac 2013

FA Cup : Man.Utd 2 Chelsea 2 Highlight

Man.Utd gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila hanya seri 2-2 dengan Chelsea pada saingan suku akhir Piala FA, di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi (waktu Malaysia). 

10 Mac 2013

Ivanovic mahu Chelsea bangkit

Pemain Chelsea, Branislav Ivanovic mengemukakan kenyataan terbuka kepada pasukannya bahawa musim ini The Blues bermain dengan teruk dan memberi amaran bahawa masa sedang berjalan dengan pantas dan sudah sampai ke penghujungnya.

8 Mac 2013

Luiz tak sabar tambah derita United

David Luiz  mahu Chelsea memanfaatkan penyingkiran Manchester United daripada Liga Juara-Juara kepada Real Madrid apabila kedua-dua pasukan itu bertemu di suku akhir Piala FA, Ahad ini.

7 Mac 2013

Chelsea beri kata dua kepada Benitez

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez telah diberikan kata dua oleh pihak pengurusan kelab itu supaya menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini dalam kelompok empat pasukan terbaik.

6 Mac 2013

Chelsea lawan Malaysia Julai ini

Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea FC akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pilihan Malaysia XI di Stadium Shah Alam pada 21 Julai.

4 Mac 2013

Capello dikaitkan untuk mengendalikan Chelsea

Nama bekas pengurus England, Fabio Capello kembali dikaitkan untuk mengendalikan pasukan Chelsea selepas peminat The Blues tidak menggemari corak kendalian Rafa Benitez.

2 Mac 2013

Roman tidak akan pecat saya’ - Benitez

Hanya beberapa jam selepas melancarkan serangan terhadap penyokong Chelsea, Rafael Benitez mengeluarkan satu lagi kenyataan yang menimbulkan kemarahan peminat Blues: “Roman Abramovich tidak akan pecat saya."

1 Mac 2013

Saya akan pergi - Benitez

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez akhirnya tunduk kepada desakan penyokong The Blues apabila mengesahkan, dia akan meninggalkan kelab tersebut hujung musim ini.

27 Februari 2013

Terry - Benitez terus ‘panas’

Hubungan kapten Chelsea John Terry dan pengurusnya Rafael Benitez semakin tegang, apabila pengendali itu berterusan menyalahkan pemain di atas kekalahan mereka.

'Peluang Chelsea makin sukar' - Mata

Pemain tengah Chelsea, Juan Mata mengakui, pasukannya kini tidak berupaya untuk bersaing dengan pasukan-pasukan besar England sambil menyifatkan peluang The Blues untuk menduduki kelompok empat teratas Liga Perdana England semakin terjejas.

21 Februari 2013

Liga Europa: Chelsea elak musibah kali kedua

Penyandang juara Liga Juara-Juara, Chelsea akan mengetuai senarai empat wakil England dalam misi menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik pada kempen Liga Europa awal pagi esok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...