Walaupun caroll dan Kenny Dalglish mengkritik pengadil tetapi Cech tetap mempertahankan Dowd dan menegaskan pengadil itu membuat keputusan  yang tepat, namun dia tetap menggesa pihak berkuasa bola sepak agar  memperkenalkan teknologi garisan gol. 
Biarpun amat yakin tindakan menyelamat yang dilakukannya adalah sah,  namun penjaga gol Republik Czech itu berpendirian teknologi garis gol  perlu bagi memastikan tiada pasukan menjadi mangsa keadaan angkara  kesilapan pengadil. 
"Saya pasti ia tidak masuk. Saya belum menonton ulang tayang tetapi  pada saat itu, saya amat pasti saya sempat mencapai bola itu tepat pada  masanya.
"Namun saya sentiasa menyokong penggunaan teknologi. Setiap kali tiba  kejohanan besar, ada saja insiden jaringan tidak dibenarkan. 
"Kalau anda menonton perlawanan menerusi televisyen di rumah, hanya  dalam masa 10 saat anda dapat memastikan ia adalah gol atau tidak, jadi  mengapa anda mesti fikir pegawai tidak boleh dimaklumkan sama ada ia  adalah gol atau tidak?," katanya.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan