Walaupun mempamerkan prestasi memberangsangkan, 
Frank Lampard masih belum menerima sebarang tawaran kontrak baharu dari 
Chelsea. 
Ejen bintang tengah itu menegaskan, tiada rundingan baharu, biarpun 
Lampard meneruskan aksi cemerlangnya ketika membantu England menumpaskan
 Brazil 2-1 dalam perlawanan persahabatan, kelmarin. 
Malah, katanya, Blues juga tidak memberi sebarang isyarat akan memanggil mereka untuk mengadakan rundingan dalam masa terdekat. 
Kelab London itu tidak berganjak dengan keputusan untuk melepaskan 
Lampard apabila kontraknya tamat hujung musim ini, biarpun berdepan 
pelbagai desakan supaya mengekalkan pemain yang sangat berpengaruh itu. 
"Tiada apa yang berubah dengan situasi Frank di Chelsea," kata ejen pemain berusia 34 tahun itu, Steve Kutner.
Berita tersebut bagaikan tamparan kepada peminat Blues, yang amat mengharapkan bintang tengah England itu kekal di Stamford Bridge selepas kontraknya berakhir nanti. 
Lampard, 34, menunjukkan prestasi yang hebat sejak berita Chelsea 
enggan menyambung kontraknya didedahkan media Britain, hujung tahun 
lalu. 
Dia kini sudah menjaringkan lapan gol dalam 12 perlawanan terakhir, baik bersama kelab mahu pun negara.Walaupun diberi kebenaran untuk memulakan rundingan dengan kelab luar
 negara, namun Lampard sudah menjelaskan bahawa dia lebih berminat untuk
 menamatkan karier di Chelsea. 
Bagaimanapun memandangkan kelab berkenaan gagal menjalankan rundingan
 rasmi mengenai sebarang tawaran, Lampard bersiap sedia untuk 
meninggalkan Chelsea pada musim panas ini selepas 12 tahun menyarung 
jersi No. 8.[sumber]
*kesilapan besar chelsea
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan