25 November 2011

Kaka join Chelsea?

Kaka join chelsea??? Itulah antara kabar angin yang diperkatakan setelah Real Madrid sudi untuk melepaskan bekas pemain terbaik dunia itu dengan harga 30juta.Dan chelsea akan cuba mendapatkannya pada januari ini.Berikut adalah antara berita2 pemain yang bakal dibeli oleh chelsea..

Bangkitlah Blues - Villas-Boas

Andre Villas-Boas yang semakin 'kepanasan' menggesa Chelsea bangkit selepas mengalami tamparan terbaru, kalah 2-1 kepada Bayer Leverkusen pada aksi Liga Juara-Juara Eropah semalam.Kekalahan itu meletakkan Blues dalam kedudukan yang cukup berbahaya untuk mara ke peringkat kalah mati.Malah, jurulatih muda kelahiran Portugal itu turut menagih sokongan penonton di Stamford Bridge untuk membantu pasukan mengharungi detik sukar, baik dalam pentas Eropah mahupun domestik, sambil mengakui, pemainnya sedang mengalami 'masalah keyakinan'. 

Anelka sangkal laporan The Times

Nicolas Anelka menyangkal pernah membuat kenyataan kepada The Times selepas akhbar Britain itu melaporkan dia akan meninggalkan Chelsea.“Saya tidak ditemubual akhbar itu ataupun mendedahkan rancangan masa depan saya.“Kontrak bersama Chelsea berakhir hujung musim ini dan saya terikat hingga detik itu,” katanya.The Times, kelmarin melaporkan Anelka akan meninggalkan kelab itu selepas skuad diurus jurulatih dari Portugal, Andre Villas-Boas.

Villas-Boas akui bakal dipancung??

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui yang ‘kepalanya bakal dipancung’ melainkan pasukannya boleh memperbaiki persembahan mereka dengan meraih keputusan yang dikehendaki.Pasukan bimbingan Villas-Boas itu menduduki tempat kelima saingan Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan mereka berada 12 mata di belakang pendahulu Manchester City dan tekanan kini memuncak terhadap pengurus itu yang berada dalam musim pertamanya di Stamford Bridge.

24 November 2011

Lampard kekal bersama chelsea

Pemain tengah England, Frank Lampard menghampiri penghujung kontrak semasanya bersama Chelsea, tapi ia tetap tidak menghalangnya daripada berkata mahu terus kekal di Stamford Bridge.Pemain berusia 33 tahun itu yang mula mencipta nama bersama kelab pencabar West Ham - kelab yang bapanya wakili - mempunyai kontrak kurang dari dua tahun bersama Chelsea.

Andre Villas-Boas didenda

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas didenda �12,000 (AS$18,784) oleh Persatuan Bolasepak (FA), kelmarin kerana komennya terhadap pengadil Chris Foy berikutan kekalahan kelab itu kepada QPR dalam saingan Liga Perdana Inggeris, bulan lalu.Villas-Boas, yang turut diberi amaran mengenai kelakuannya oleh badan siasatan bebas, sebelum ini mengakui yang beliau 'sangat agresif' dengan Foy berikutan kekalahan itu.

UCL:Keputusan Bayer Leverkusen vs Chelsea

BAYER LEVERKUSEN 2 CHELSEA 1
With 90 minutes played, it looked as if Chelsea were to draw away 1-1 for the third time in this group stage but then the home team struck a sickening blow, scoring from a corner to leave just a point covering the top three sides going into the final games.

23 November 2011

UCL:Bayer Leverkusen vs Chelsea -The blues perlu menang

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memuji prestasi pasukannya sebelum beraksi menentang Bayer Leverkusen pada saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara meskipun keputusan yang mereka peroleh tidak begitu memuaskan.The Blues mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan Liga Perdana, dua daripadanya di laman sendiri kepada Arsenal dan Liverpool.

22 November 2011

Adakah kedudukan Villas-Boas terancam

Andre Villas-Boas menafikan pandangan yang mengatakan tempatnya sebagai pengurus Chelsea terancam, sebaliknya menegaskan bahawa dia mendapat sokongan penuh daripada pemilik kelab, Roman Abramovich biarpun tewas 1-2 kepada Liverpool, kelmarin.Kelmarin juga adalah kekalahan kedua buat Chelsea di Stamford Bridge dalam Liga Perdana.

21 November 2011

BPL: Keputusan Chelsea vs Liverpool

LONDON 21 Nov. - Glen Johnson muncul wira pasukannya apabila meledakkan gol kemenangan ketika permainan hanya berbaki tiga minit bagi membolehkan Liverpool melakar kemenangan 2-1 ke atas Chelsea dalam aksi perlawanan Liga Perdana England, hari ini.

18 November 2011

Cech lega Republik Czech layak

Petr Cech adalah antara dua pemain Chelsea yang berjaya layak ke Euro 2012. Dia mengakui sukar untuk ke sana dan sedar ia bukan laluan mudah untuk edisi kali ini.Raul Meireles mewakili Portugal adalah seorang lagi yang layak menerusi perlawanan playoff manakala Cech dan Republik Czech berjaya dengan kemenangan 2-0 ke atas Montenegro di tempat sendiri diikuti 1-0 di tempat lawan.

15 November 2011

England vs Sweden

Selepas membuktikan mereka memiliki ramuan pertahanan untuk mengekang asakan juara dunia, Sepanyol Sabtu lalu, kini penyokong England pastinya mahu pula melihat sejauh mana keupayaan sebenar Three Lions yanga akan melayan kunjungan Sweden di Wembley, hari ini.Fabio Capello yang masih berteka-teki mengenai kesebelasan utama pada Kejohanan Eropah 2012 sebelum ini telah menyatakan dia akan melakukan eksperimen dengan melakukan beberapa perubahan pada perlawanan bertemu Sweden.

14 November 2011

Gol Lampard tewaskan sepanyol

Kapten England, Frank Lampard berkata, aksi England ketika menewaskan juara Piala Dunia dan Eropah, Sepanyol adalah antara saat paling manis sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.Lampard sudah mengecapi banyak kejuaraan ketika bersama Chelsea tapi pencapaian cemerlang pada pentas antarabangsa bersama England agak sukar dikecapinya. Ketika Lampard sudah boleh bermegah dengan pencapaian meraih kejuaraan liga, Piala FA dan Piala Liga ketika di Stamford Bridge, kariernya bersama England sering diselubungi dengan kegagalan pasukannya dalam saingan besar.

12 November 2011

England lawan Sepanyol

Kemampuan England akan benar-benar teruji apabila dijadual berdepan juara dunia, Sepanyol dalam satu aksi persahabatan di Stadium Wembley awal pagi esok.Bagaimanapun, jurulatih skuad The Three Lions, Fabio Capello pastinya 'pening' memikirkan untuk menurunkan barisan kesebelasan utama terkuatnya selepas beberapa tonggak utama dihimpit masalah kecederaan

11 November 2011

Torres tidak menyesal

PENYERANG Chelsea, Fernando Torres mengakui sukar baginya membiasakan diri di Stamford Bridge berbanding ketika meninggalkan Sepanyol untuk bersama Liverpool.Penyerang bernilai 50 juta (RM250.8 juta) kini tidak lagi menjadi pemain yang mengkucar-kacirkan pertahanan Liga Perdana Inggeris ketika bersama Anfield selepas berpindah ke Stamford Bridge, Januari lalu. Bekas bintang Atletico Madrid mengakui tahap permainan dalam pasukan ibu negara London itu berbeza, apatah lagi tidak ramai pemain yang dikenalinya berbanding ketika dia menyertai Merseyside.

Cech dapat topeng muka baru

Penjaga gol, Petr Cech sudah mencuba rekaan topeng muka khas untuknya bagi melindungi tulang hidungnya yang patah dan ia membolehkannya memakai topeng muka itu apabila Republik Czech bertemu Montenegro pada pusingan kalah mati Euro 2012, awal pagi esok.Pemain Chelsea itu bagaimanapun tidak pasti akan diturunkan pada pusingan pertama perlawanan kalah mati itu.

10 November 2011

Bosingwa merajuk

Jose Bosingwa menegaskan dia tidak akan menyarung jersi skuad bola sepak kebangsaan Portugal selagi Paulo Bento membimbing pasukan itu."Sukar untuk saya memberitahu tetapi selagi Bento menjadi jurulatih Portugal, saya tidak akan bermain untuk pasukan itu," kata pemain pertahanan Chelsea itu kelmarin.Bulan lalu, Bento mendedahkan bahawa Bosingwa tidak disenaraikan untuk aksi playoff Euro 2012 menentang Bosnia-Herzegovina pada awal pagi Sabtu ini kerana pemain pertahanan itu tidak menepati syarat termasuk emosi dan mental.

Torres best Premier League striker - Bent

England striker Darren Bent believes Fernando Torres is the best forward in the Barclays Premier League despite going through a difficult period in his career.
Torres has failed to properly hit his straps for Chelsea since his move from Liverpool in the January transfer window.The Spaniard's glaring miss against Blackburn Rovers is the latest in a catalogue of spurred opportunities, but Bent says they mean nothing.

7 November 2011

Cech dapat pujian

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memuji aksi Petr Cech selepas penjaga gol Blues itu terpaksa berjuang mengharungi kesakitan untuk membantu kelab London itu meraih kemenangan 1-0 ke atas Blackburn.Cech difahamkan mengalami kecederaan patah tulang hidung selepas bertembung dengan penyerang Blackburn, Ayegbeni Yakubu pada babak awal di Ewood Park, namun dia terus beraksi untuk membantu Blues meraih tiga mata penuh.

Masih perlukan Terry

Pengurus England, Fabio Capello mengesahkan ketua pasukan, John Terry berada dalam senarai skuad bertemu juara dunia, Sepanyol dan Sweden meskipun sedang disiasat kerana dakwaan melontar kata-kata berunsur perkauman.Terry menjadi subjek utama siasatan pihak polis serta Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana dikatakan melemparkan kata-kata berunsur perkauman kepada pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand ketika Chelsea tewas kepada kelab itu.

6 November 2011

BPL: Keputusan Blackburn Rovers Vs Chelsea


Gol chelsea dijaringkan oleh Lampard minit ke 51

ArulchelseA: Molauda tak main pun tak pe tadi tu..Apa pun yang penting tiga mata..

5 November 2011

BPL: Blackburn Rovers Vs Chelsea

Malam ini chelsea akan bertandang ke blackburn rovers.Selepas kalah mengejut dengan team meriam buluh minggu lepas. Chelsea memang perlu menang dan mengutip tiga mata penting untuk terus memberi tekanan kepada man.utd dan man.city..Perlawanan ke sebelas malam ini chelsea perlu mempamerkan aksi yang mantap dan yang penting bahagian pertahanan jangan buat silap.Kalau tak masak kita malam ni..Kepada peminat2 setia chelsea jangan lupa menyaksikan pertarungan ini di astro jam 11 malam ini di saluran 817.

4 November 2011

Chelsea perlu bangkit

Chelsea terpaksa menelan kekecewaan apabila seri 1-1 dengan Genk dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam ketika musim bergelora Blues ditimpa satu lagi tamparan.Skuad kendalian Andre Villas-Boas terdesak untuk melakar kemenangan di Arena Cristal bagi mengurangkan kekecewaan minggu ini yang bermula dengan kekalahan mengejut kepada QPR, menyaksikan John Terry didakwa melemparkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan Hoops, Anton Ferdinand diikuti kekalahan mengejut 3-5 di laman sendiri kepada Arsenal.

Polis siasat John Terry

Polis Britain melancarkan siasatan terhadap dakwaan kapten Chelsea, John Terry meluahkan kata-kata berbaur perkauman ke atas pertahanan Queens Park Rangers, Anton Ferdinand ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di Loftus Road, bulan lalu.

2 November 2011

UCL:Keputusan Genk vs Chelsea


Gol chelsea dijaringkan oleh ramires minit ke 26..

ArulchelseA: Torres tak menjadi kali ni..

1 November 2011

Chelsea padam pengalaman pahit

Andre Villas-Boas berharap Chelsea memadamkan semua kenangan pahit menjelang pertemuan dengan kelab Belgium, Genk pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok.Pasukan kendalian Villas-Boas kehilangan lima mata di Stamford Bridge buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun, Sabtu lalu apabila Arsenal meraih kemenangan 5-3 yang mula membuatkan Blues semakin bergolak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...