31 Januari 2013

Seri dengan Reading, Benitez bengong

Pengurus sementara Chelsea, Rafeal Benitez berkata, beliau kebingungan rentetan kegagalan anak buahnya menewaskan pasukan bukan pilihan, Reading di Stadium Madejski awal pagi tadi (waktu Malaysia).

29 Januari 2013

Drogba tolak lamaran Roman Abramovich

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich membuat pusingan-U yang memalukan, apabila berusaha mendapatkan semula bekas bintang penyerang mereka, Didier Drogba. 

Chelsea mangsa jadual padat - Rafael Benitez

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez mengakui pemain mula merasai tekanan kerana terpaksa bermain dalam jadual padat selepas diheret ke perlawanan ulangan Piala FA oleh kelab divisyen tiga, Brentford kelmarin.

28 Januari 2013

Benitez mahu kekal di Chelsea

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez mahu jawatan dipegang sekarang dikekalkan.Benitez dilantik November tahun lalu, menggantikan Roberto di Matteo yang dipecat pemiliknya Roman Abramovich, sepatutnya tamat perkhidmatan hujung musim ini.

Torres selamatkan The Blues

Jaringan pada lewat permainan oleh Fernando Torres menjadi penyelamat buat penyandang juara Chelsea daripada tersingkir pada pusingan keempat Piala FA menentang Brentford apabila bangkit untuk seri 2-2, semalam.

27 Januari 2013

FA Cup : Brentford 2 Chelsea 2 Highlights

Juara bertahan, Chelsea hanya mampu seri 2-2 dengan Brentford dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA Inggeris di Griffin Park sebentar tadi .Gol chelsea dijaringkan oleh oscar dan torres.

26 Januari 2013

Hazard mungkin terlepas hukuman FA

Eden Hazard mungkin terlepas daripada tindakan disiplin selepas ketua Persatuan Bola Sepak (FA) England meluangkan masa seharian untuk mengkaji rakaman video mengenai insiden pemain itu dengan budak pemungut bola. 

24 Januari 2013

Hazard minta maaf tendang budak milo

Pemain Chelsea, Eden Hazard memohon maaf atas tindakannya menendang seorang budak yang bertindak sebagai pemungut bola ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Stadium Liberty awal pagi tadi (waktu Malaysia).

23 Januari 2013

Perlu gol awal - Cahill

Gary Cahill menggesa Chelsea supaya mengimbas semula memori kejayaan memenangi Liga Juara-Juara musim lalu apabila Blues menentang Swansea pada separuh akhir kedua Piala Liga, hari ini.

21 Januari 2013

Usaha gigih faktor kejayaan Chelsea - Benitez

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez menyifatkan usaha gigih ditunjukkan anak didiknya selama ini merupakan faktor mereka meraih kemenangan 2-1 ke atas Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi (waktu Malaysia).

20 Januari 2013

BPL: Chelsea 2 Arsenal 1 Highlights

Chelsea menarik nafas lega apabila berjaya mengatasi tentangan sengit Arsenal sebelum mencipta kemenangan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana England yang berlangsung di bawah cuaca bersalji di Stamford Brigde semalam. 

Kemenangan itu sekali gus membantu Chelsea terus menghambat pendahulu liga, Manchester United dan Manchester City di tangga kedua. Walaupun mendahului selesa 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Juan Mata dan penalti Frank Lampard, kelab bimbingan Rafa Benitez ini dipaksa bekerja keras dalam babak kedua untuk mempertahankan kedudukan itu. 

Ini berikutan Arsenal mempamerkan kebangkitan sebaik permainan bersambung sehingga membolehkan mereka merapatkan jurang menerusi Theo Walcott. Jaringan itu menaikkan semangat pemain-pemain Arsenal yang mengasak sehingga saat-saat akhir permainan untuk mencari gol penyamaan. 

Namun, usaha pasukan pelawat itu tidak berhasil, sekali gus menghadiahkan kemenangan yang dicari-cari Chelsea selepas hanya seri 2-2 dengan Southampton pada Khamis lalu. Dengan kemenangan itu, Chelsea kekal ketinggalan enam mata di belakang City untuk terus menghuni tangga ketiga liga.

19 Januari 2013

Zola pula dikaitkan ke Chelsea

Pemain legenda Chelsea, Gianfranco Zola menjadi calon utama untuk mengalas tugas pengurus Blues sepenuh masa di Stamford Bridge.

18 Januari 2013

Rafa Benitez diejek lagi

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez sekali lagi menjadi mangsa ejekan penyokong sendiri selepas The Blues gagal mengutip mata penuh pada pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Southampton awal pagi semalam.

Rafa salahkan pertahanan punca Chelsea seri

Rafael Benitez menuding jari kepada masalah barisan pertahanan Chelsea sebagai punca pasukannya itu gagal menewaskan Southampton dan mengakui kapten, John Terry tidak bersedia untuk pertembungan dengan Arsenal, Ahad ini.

17 Januari 2013

Benitez tidak akan tunduk dengan tekanan peminat

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk dengan tekanan peminat dalam membuat keputusan berhubung kesebelasan utama The Blues.

BPL: Chelsea 2 Southampton 2 highlights

Chelsea gagal meraih tiga mata penuh apabila terikat 2-2 ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung awal pagi tadi (Waktu Malaysia) di Stamford Bridge. 

16 Januari 2013

Cech harap Lampard kekal

Petr Cech berharap pihak pengurusan Chelsea mempertimbangkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan-melepaskan pemain tengah, Frank Lampard pada musim panas ini.

'Sedia bayar Lampard lebih RM96.7 juta'

Kelab terkemuka China, Guizhou Renhe dilaporkan sedia membayar lebih RM96.7 juta kepada Frank Lampard andai pemain tengah Chelsea itu bersetuju bermain bersama mereka.

Kami perlu bermain pantas - Lampard

Frank Lampard optimis Chelsea mampu menjadi pencabar utama dalam kempen Liga Perdana England musim ini seandainya skuad The Blues itu tampil bertenaga ketika beraksi di gelanggang lawan.

14 Januari 2013

Bukti Chelsea tiada krisis - Benitez

Rafael Benitez meminta Chelsea meneruskan rentak kemenangan dan membuktikan pihak yang ragu bahawa segala-galanya berjalan dengan baik selepas Blues membelasah Stoke City 4-0 kelmarin.

13 Januari 2013

Benitez cabar Torres

Pengendali sementara Chelsea, Rafael Benitez mencabar penyerang, Fernando Torres agar mempamerkan aksi yang lebih meyakinkan dalam usaha menambat semula hati para penyokong skuad The Blues.

Marin tolak spekulasi tingalkan Chelsea

Pemain tengah Jerman, Marko Marin menolak khabar angin bahawa dia bakal meninggalkan Chelsea dan pulang ke Bundesliga.

BPL: Stoks 0 Chlesea 4 highlights

Chelsea memperbaiki kedudukan apabila melonjak ke tangga ketiga mengatasi Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris hasil dua gol sendiri daripada pemain yang sama ketika membelasah Stoke 4-0 dan meleburkan rekod tunggal tanpa kalah di tempat sendiri.

12 Januari 2013

Penyokong Chelsea lancar 'serangan' terhadap Torres

Buat kali pertama, penyokong Chelsea melancarkan 'serangan' terhadap Fernando Torres selepas pasukan itu kalah 0-2 kepada Swansea pada separuh akhir pertama Piala Liga, Rabu lalu.

Saya tidak tahu apa yang berlaku - Cahill

Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez resah menjelang pertemuan menentang Stoke City pada aksi Liga Perdana England di Stadium Brittania malam ini.

Terry sudah kembali

Bekas ketua pasukan England di Chelsea, John Terry yang terkeluar selama dua bulan kerana kecederaan lutut, melakukan langkah besar pertamanya untuk kembali ke pasukan utama dengan bermain 45 minit bagi pasukan Bawah 21 kelab itu, kelmarin.

10 Januari 2013

Piala Liga : Chelsea 0 Swansea 2

Swansea mencipta kejutan kedua dalam separuh akhir peringkat pertama Piala Liga Inggeris selepas menundukkan Chelsea 2-0 pada perlawanan di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Fergie mahu Cole sertai Lampard di Old Trafford

Alex Ferguson tetap mahukan Ashley Cole menyertai Frank Lampard di Old Trafford musim depan.

9 Januari 2013

Torres tetap penyerang utama - BA

Demba Ba menegaskan ketibaannya di Chelsea tidak akan menjejaskan posisi Fernando Torres selaku penyerang utama di Stamford Bridge.

8 Januari 2013

Masa depan Lampard di Chelsea sah berakhir

Frank Lampard tidak akan ditawarkan kontrak baharu oleh Chelsea 'tanpa mengira apa jua keadaan'.Pemain tengah veteran itu hairan apabila media hangat melaporkan Blues telah mengubah fikiran mengenai niat kelab itu melepaskan khidmatnya.

6 Januari 2013

FA Cup: Southampton 1 Chelsea 5

Demba BA menjaringkan dua gol bagi kelabnya, Chelsea, penyandang juara, yang menyumbat lima gol untuk mencapai kemenangan ke atas Southampton, sekali gus memudahkan laluan ke pusingan keempat Piala FA.

5 Januari 2013

Lampard intai kelab hebat sambung karier

Frank Lampard sudah pasti akan meninggalkan Chelsea hujung musim ini, menurut ejen pemain antarabangsa England itu kelmarin, namun dia tidak bercadang menamatkan kariernya di China.

Benitez enggan kecundang lagi

Rafael Benitez mengaku pertembungan Chelsea dan Southampton pada pusingan ketiga Piala FA amat penting berikutan kekalahan mengejut mereka di tangan QPR dalam Liga Perdana.

4 Januari 2013

Demba Ba cuma selangkah sertai Blues

Demba Ba dalam perjalanan ke Stamford Bridge selepas diberi lampu hijau oleh Newcastle United untuk menyertai Chelsea pada pasaran perpindahan Januari ini. 

3 Januari 2013

Sturridge tidak sabar beraksi bersama Suarez

Penyerang Chelsea, Daniel Sturridge akan menyertai Liverpool dengan menerima kontrak jangka masa panjang bernilai RM59.5 juta.

BPL: Chelsea 0 QPR 1

Kelab tercorot, Queen Park Rangers (QPR) memberi kejutan terbesar tahun baru apabila menang 1-0 ke atas Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge, sebentar tadi.

Silap besar jika Chelsea lepaskan Lampard

Harry Redknapp memberitahu Chelsea bahawa melepaskan Frank Lampard merupakan satu kesilapan besar. 

2 Januari 2013

Ferguson sedia sambar Lampard, Cole

Alex Ferguson bakal menawarkan peluang kepada Frank Lampard dan Ashley Cole untuk menyertai Manchester United jika mereka dipinggirkan oleh Chelsea.

1 Januari 2013

Demba Ba terima RM10 juta jika bersama Chelsea

Demba Ba bakal menerima ‘bayaran’ sehingga RM10 juta daripada Newcastle United sebagai ‘bonus’ meninggalkan kelab itu untuk berkhidmat bersama Chelsea.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...