6 Mei 2011

Chelsea dahagakan kejayaan


LONDON - Pemain pertahanan Chelsea, Ashley Cole me- nganggap, sikap dahagakan kejayaan menjadi kunci utama kebangkitan pasukan itu bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim ini.
Cole merupakan antara tonggak utama yang membantu Chelsea untuk merapatkan jurang 15 mata daripada pendahulu liga, Manchester United.

Sekiranya Chelsea berjaya menundukkan United di Old Trafford pada Ahad ini, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu bakal merampas kedudukan teratas liga dengan kelebihan gol.
"Apabila kamu memenangi sesuatu, ia akan membuatkan kamu menyedari betapa seronoknya untuk menjadi juara.
"Saya rasa tekanan yang telah mendorong seseorang itu. Ia akan membuatkan kamu begitu bersemangat untuk membuktikan sesuatu dan terus mengekalkan kejuaraan yang pernah kamu milik kamu sebelum ini.
"Saya hanya mahu memenangi kejuaraan liga kerana saya cukup teruja untuk merasai keseronokannya."[kosmo]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...