7 Mei 2012

Chelsea cipta sejarah piala FA

Roberto Di Matteo enggan melayan soalan mengenai masa depannya selepas Chelsea memenangi Piala FA buat kali keempat dalam tempoh enam musim dengan menundukkan Liverpool 2-1, di Stadium Wembley.

Jaringan Ramires dan Didier Drogba membolehkan piala itu dijulang Chelsea sementara impian Liverpool untuk bangkit selepas jaringan Andy Carroll pada separuh masa kedua, masih gagal mengubah nasib kelabnya.

Ia kemenangan yang memberi makna kepada Chelsea dengan kapten, John Terry muncul pemain pertama dalam sejarah memimpin kelab untuk empat kejuaraan Piala FA.

Sementara pemain pertahanan, Ashley Cole meraih kejuaraan ketujuh Piala FA dan jaringan babak kedua oleh Drogba membolehkan penyerang antarabangsa Ivory Coast itu muncul pemain pertama meledak gol dalam empat final Piala FA.

Di Matteo turut meraikan kemenangan itu sekali gus menyertai pengurus elit lain selepas memenangi Piala FA sebagai pemain dan pengurus.

“Saya tidak rasa ramai orang mempunyai peluang seperti ini.“Saya bernasib baik kerana dapat beraksi bersama kelab ini dan memenangi trofi. Kini, saya mengendalikan pasukan ini dan memenangi trofi sebagai jurulatih.

“Ia amat istimewa kerana ia tidak selalu berlaku,” katanya.Bagaimanapun, pengendali dari Itali itu yang berjaya mengubah nasib Chelsea sejak mengambil alih tugas secara sementara daripada Andre Villas-Boas Mac lalu, enggan melayan soalan mengenai sama ada beliau akan dikekalkan atau sebaliknya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...